Tuesday, December 6, 2011

10 RIBU AHLI PEKIDA BERKUMPUL DI SHAH ALAM BUAT PAKATAN RAKYAT SELANGOR PANIK!!

POPULARITI  DS Najib semakin hari semakin meningkat. Rakyat sudah boleh menilai dan menerima transformasi yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri. Kemana sahaja dan apa juga program yang di anjurkan yang dihadiri oleh DS Najib, pasti akan mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Ini jelas rakyat sudah boleh menerima dan mengiktiraf kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpina  DS Najib. 

Semalam, di Shah Alam , semasa merasmikan Majlis Perhiumpunan Perdana Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia, (PEKIDA), di Politeknik Shah Alam di hadiri kira-kira 10,000 orang. Sungguh memberangsangkan. Semasa ucapan perasmian beliau, DS Najib menyentuh  tentang Perlembagaan Negara. Katanya, perkara asas yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara tidak boleh dipersoalkan dan dipertikai malah tidak sesekali akan dirundingkan semula.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perlembagaan Negara adalah perkara yang sudah dipersetujui sebagai asas penubuhan negara semasa kemerdekaan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.


Menurutnya, atas dasar ini keharmonian negara dijaga dan orang Melayu tidak pernah berlaku tidak adil serta menganiaya orang bukan Melayu jauh sekali bersikap rasis seperti dakwaan sesetengah pihak.

Melayu tidak pernah rasis, sejak dahulu  lagi sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu sanggup berkongsi kuasa. Kita tolak kefahaman yang ekstrem!.


Pendek kata orang Melayu sentiasa menghulur tangan kepada orang bukan Melayu supaya kita sama-sama membina negara ini, katanya ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia (Perkida) Malaysia di Politeknik Shah Alam di sini semalam.


Selain itu, Najib turut mengingat dan memberi amaran kepada sesetengah pihak yang semakin berani mencuit perasaan Melayu terutamanya dalam isu yang melibatkan agama dan hak-hak orang Melayu.

 Oleh itu, kita harus pertahankan apa yang sudah menjadi hak kita, jangan sesekali persoalkan dan cuba merungkai apa yang sudah diputuskan, kita akan pertahan habis-habisan, katanya.

Katanya lagi, pemerintahan hari ini adalah selari dan selaras dengan piagam Pekida malah tiada sedikitpun yang tergelincir dengan matlamat dan tujuan penubuhan Pekida.

Tanggungjawab kita selaras dan kita perlu pertahankan pemerintahan sedia ada. Apa yang bakal terjadi jika pemerintahan Islam di negara ini tersungkur dan roboh?

Apa yang akan terjadi pada umat Islam jika kita hilang taring? Apa yang terjadi kepada Raja-Raja Melayu? Apa yang akan terjadi kepada nasib anak cucu kita? Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci, katanya.

Perhimpunan Pekida ini turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof serta dihadiri kira-kira 10,000 orang. Memang kehadiran seramai itu membuat Pakatan Selangor, panik.!!! - IBM

BERJUANG DAN TERUS BERJUANG. ITULAH JANJI AHLI-AHLI PEKIDA DEMI BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...