Thursday, December 29, 2011

Harakah dan FreeMalaysiakini Pembohong!!! : Hasan Ali

BOHONG! Itu semua bohong, kata Datuk Dr Hasan Ali pada akhbar bahasa inggeris The Star semalam. Beliau merasa kesal kerana Harakahdaily dan freemalaysiakini memutar belitkan kenyataanya bahawa beliau ke Kota Bharu berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datk Nik Aziz Nik Mat meminta maaf dan menarik balik kenyataannya mengkritik Pas secara terbuka.

Menurut Datuk Dr Hasan Ali, pertemuan yang  dianggap 'pertemuan muhibah ' itu yang juga hadir bersama Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Naib Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa di kediaman rasmi Menteri Besar hanyalah sekadar pertemuan biasa.

Tidak timbul langsung tentang isu memohon maaf seperti yang di hebohkan oleh akhbar Harakahdaily. Pertemuan itu menyurus kepada perbincangan hal tuju parti dan persiapan bagi menghadapi PRU ke-13 nanti. Juga dibincangkan bagaimana nak mendapatkan sokongan rakyat yang mana populariti parti Pas menurun di kalangan orang-orang melayu.

Di dalam laporan akhbar Sinaran harian hari ini juga menyiarkan bahawa 'kemelut' dan isu Hasan, Nasharuddin selesai. Dalam kenyataan akhbar tersebut juga  mengatakan Datuk Dr Hasan Ali menarik balik kenyataan beliau yang mengkritik Pas secara terbuka. Dan, diakhbar yang sama, Nik Aziz menyuarakan rasa  bersyukur kerana isu tersebut telah selesai.

Kata Nik Aziz, itu adalah tanda kelakian Datuk Dr Hasan kerana dengan ikhlas menarik balik kenyataan dan meminta maaf. Dalam hal ini, IBM rasa semua orang tahu, sebelum ini Datukl Hasan dan Nasaruddin mengkritik Pas dengan menyifatkan ia lari daripada perjuangan terutama isu Negara Berkebajikan. 

Kesimpulannya sekarang, bagi pandangan IBM, isu ini masih belum selesai. Masing-masing ingin menutup kesilapan masing-masing dan seperti kita tahu, Pas memanglah sebuah parti yang tikda boleh ditegur dan di kritik oleh pemimpin-pemimpin dan ahlinya. di tambahkan pula dengan akhbarnya Harakah yang di chop sebagai akhbar pemfitnah No 1 Malaysia.
Apapun, apa yang di siarkan oleh the Star pada hari ini sudah pasti akan di sangkal oleh Pas dan akan menuduh akhbar tersebut pembohong dan mengeruhkan lagi keadaan. Persolannya, siapa yang bohong siapa?. Adakah The Star berbohong, Harakah ataupun Datuk Dr Hasan sendiri?...IBM tak campur, IBM tidak bohong. Apa yang IBM tulis ni adalah berdasarkan tulisan dari akhbar-akhbar yang diterbitkan hari ini.

HARAKAH DAN FREEMALAYSIAKINI MEMANG AKHBAR PEMBOHONG DAN PEMFITNAH DULU KINI DAN SELAMANYA.  

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...