Monday, December 19, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

 19 DISEMBER

BANGUNAN RISDA

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM DAN PEMBANGUNAN NEGARA KITA SEHINGGA KINI. SELAMAT MEMBACA - IBM



RISDA - PERASMIAN BANGUNAN RISDA

Bagi sektor pekebun getah, RISDA merupakan organisasi yang bertanggungjawab membawa corak kehidupan baru kepada pekebun-pekebun kecil getah. Usaha-usaha pelaksanaan memerlukan agensi ini diletakkan setempat bagi memudahkan pentadbiran. Usaha ini menampakkan hasil, pada hari ini 19 Disember 1983, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Bangunan Baru RISDA bertempat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
RISDA ataupun pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1973. RISDA ditubuhkan bertujuan untuk :
  1. Menambah pengeluaran dan pendapatan melalui program-program tanam semula, perbekalan benih serta lain-lain input pertanian, rancangan kredit, subsidi dan melalui pengenalan teknologi baru.
  2. Meluaskan punca pendapat pekebun kecil di mana mereka digalakkan mencebur diri dalam kegiatan industri pertanian dan bukan pertanian.
  3. Memproses dan memasarkan hasil-hasil pekebun-pekebun kecil ke peringkat antarabangsa.
  4. Melaksanakan program tenaga pekebun kecil atau pembangunan sosial melalui pelbagai projek untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi sektor pekebun kecil berbanding dengan sektor-sektor lain.
Diharap dengan adanya bangunan baru ini, pihak RISDA akan mempermudahkan penyelarasan pentadbiran RISDA di peringkat Persekutuan dan Cawangan di negeri-negeri. Dengan ini akan dapat memperluaskan bantuan RISDA kepada golongan desa dengan cara yang lebih cepat dan mudah.
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...