Thursday, December 22, 2011

PMR 2011, Terbaik Dalam Tempoh Empat Tahun - KP Pelajaran.

Amboi, happy bebeno depa ni, tahniah!! (gambar hiasan)

PUTRAJAYA 22 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 34,271 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.
"Pencapaian itu meningkat sebanyak 3,408 orang (0.75 peratus) iaitu daripada 30,863 orang (7.02 peratus) pada tahun lepas," katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR, di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, semua pelajar boleh memperolehi keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi ini. - UTUSAN

P/S Sama-sama le kita mengucapkan tahniah pada mereka-mereka yang berjaya. Kepada yang result yang kurang baik, jangan rasa sedih. cuba lagi. Hehehe..IBM hilang rasa gementar, 
kerana anak perempuan IBM dapat 8A. I'm very proud of her. - IBM

SUMBER : UTUSANONLINE.COM. TERIMA KASIH.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...