Friday, December 9, 2011

PAS SELANGOR 'TIKAM' BELAKANG HASSAN ALI??


IBM baru sahaja habis baca MalaysiaKini. Berita yang agak mengejukan jugak.  Penyokong-penyokong Pas tak tau le pulak. Mengikut berita dari MK, Pas berkemungkinan tidak akan mencalon kembali Dr Hassan Ali juga mempertahankan kembali DUN Gombak Setia atau mana-mana DUN Selangor. Kesian Dr Hassan. Kejam juga Pas ni ye, hehehe.

Apa yang jelas sekarang, Pas Selangor sangat tidak suka kepada Dr Hassan Ali bertanding lagi di Selangor. Nampaknya sudah ada puak-puak Pas yang dicipta sendiri oleh pemimpin Pas Selangor untuk memboikot dan disingkirkan dari parti, apatah lagi menjelangnya PRU ke-13 nanti. Pas sudah mula mengamalkan sikap pilih bulu dalam parti. Tak suka, singkir. Lebih teruk dari Umno. Inilah akibatnya suka jaga tepi kain orang.

Persoalan yang timbul di kepala penyokong-penyokong Pas, kenapa dan mengapa Dr Hassan Ali tidak mahu dicalonkan kembali?. Kata nak cari calon yang boleh menang. Bagi penyokong setia Dr Hassan Ali, beliau adalah calon yang boleh menang, dan beliau adalah bekas pemimpin Pas Selangor. Bagi mereka, beliau adalah seorang yang begitu 'istiqomah' dalam menegakkan Islam.

Adakah pencalonan itu mempunyai kaitan pencalonan yang tidak cukup korum dari cawangan Pas?. Itu masalah depa le. Bagi pendapat IBM, Pas Selangor di dalam keadaan agak kelam-kabut. Isu 'tikam menikam' (tikam belakang) seperti baru saja hendak membiak dalam Pas Selangor. Sebenonya, dah pun membiak, ibarat penyakit 'kanser' yang sukar diubati lagi. Dah terlambat. 

CEDOK SIKIT DARI MALAYSIAKINI :

 PAS BUKAN PARTI ISLAM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...