Wednesday, December 28, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

28 DISEMBER 

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA - IBM

PELANCARAN PERKHIDMATAN TV MALAYSIA

TARIKH PERISTIWA : 28.12.1963

Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan Televisyen Malaysia (TV telah dilancarkan.  Upacara pelancaran dilakukan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dari studio sementara TV Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Kerajaan Malaysia telah mendapat bantuan dari Suruhanjaya Penyiaran Kanada untuk memperkenalkan perkhidmatan ini. Bantuan tersebut berupa teknikal di bidang kejuruteraan latihan, rancangan dan pentadbiran. Di peringkat awal pelancarannya, masa siaran ialah kira-kira 5 setengah jam sehari atau 44 jam seminggu dengan tambahan masa siaran pada hujung minggu. 50 peratus dari rancangan yang disiarkan dibuat secara terus-menerus dari studio manakala sebahagian lagi adalah filem-filem sumbangan Filem Negara dan lain-lain sumber luar. Sebagai permulaan, penerimaan adalah terhad kepada penonton-penonton ibu negara dan kawasan-kawasan berhampiran. Bagaimanapun dalam tahun 1964, beberapa buah stesen pemancar telah dibina bagi membolehkan lebih ramai penonton menerima perkhidmatan ini. Tiga buah stesen pemancar yang mula-mula dibina terletak di Gunung Kledang Perak, Gunung Tampin Negeri Sembilan dan Gunung Jerai di Kedah. Beberapa stesen pemancar lagi dibina kemudian, antaranya ialah di Gunung Pulai, Johor dan Bukit Maxwell, Perak. Dalam pada itu rancangan juga dibuat untuk studio kekal di sebuah kawasan di Lembah Pantai yang dikenali kini sebagai Kompleks Angkasapuri. Dalam tempoh beberapa tahun sejak pelancarannya, TV Malaysia terus mencatat kemajuan yang pesat. Perubahan dari hitam putih kepada TV warna dalam tahun 1978 merupakan satu lagi kejayaan besar media ini di samping kemajuan kemajuan di segi tambahan masa siaran, penerbitan rancangan tempatan dan sebagainya.
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...