Wednesday, December 7, 2011

ELOK BENO LE NIK AZIZ BERSARA, DAH LAMA DAH - TUN M


"Bagi dia (Nik Aziz) lebih baik , Lim Kit Siang ( DAP) daripada UMNO. Itulah Nik Aziz," - Tun Mahathir

BARU beberapa hari yang lepas IBM dan blog-blog pro BN yang lain, buat posting tentang tentang hasrat Nik Aziz untuk terus bertanding walaupun usia sudah menjangkau lebih 80 tahun. Tapi, dia masih berhasrat untuk bertanding. Salah satu sebabnya ialah kerana Umno sebut nama dia. Maka, katanya dia akan lawan Umno sampai Umno mati....ehhh..ehhhh..bio beno Tok guru ooi. Itulah, korang gatal beno nak usik tok guru, Sekarang apa dah jadi?..elok-elok dia nak bersara, tiba-tiba dia berubah fikiran. kacau le korang ni.

Semalam,   bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.



Eloklah Nik Aziz bersara, dia sendiri telah bersara dan dia lebih lama (berkecimpung dalam politik) daripada saya, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan semalam yang mengulangi hasrat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang biarpun telah menjadi wakil rakyat kira-kira 40 tahun.
Hasrat tersebut disebabkan Nik Aziz mahu terus melawan UMNO yang didakwa telah memecah belahkan rakyat.
Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberikan alasan keputusan berkenaan dibuat kerana beliau telah banyak membawa pembangunan dan kemakmuran di Kelantan.

Dalam pada itu, kata Dr. Mahathir, kenyataan Nik Aziz tersebut menunjukkan pemimpin utama Pas tersebut sangat membenci UMNO.


DENDAM KESUMAT NIK AZIZ KEPADA UMNO BEGITU MENDALAM. MAKA, DAP LAH TEMPAT DIA BERMANJA.

4 comments:

  1. Salam dari warga kerja I4TT... terima kasih link blog kami. Blog sahabat juga telah saya link kan.

    Salam persahabatan dan salam perjuangan.
    -Shaz- (master admin)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan. selamat berjuang...:)

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Terima kasih kerana sudia singgah di blog wak yg tak seberapa tu.

    Blog tuan wak sudah pautkan.

    Salam perjuanagan

    ReplyDelete
  4. W'kumusallam Wak,

    Sama-sama dan salam perjuangan kembali, kerana perjuangan kita belum selesai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...