Tuesday, December 13, 2011

"Saya Tak Kisah"..Tapi Dalam Hati Siapa Yang Tahu?

 "Saya tak kesah" - Hassan Ali


WALAUPUN tidak dicalonkan semula, semangat kental untuk terus berjuang tidak pernah luntur dari hatinya. dia akan terus berjuang atas nama Islam dan Melayu. Perjuanganya buka kerana pangkat dan wang ringgit. Sebab itulah Datuk Dr Hassan Ali menggangap isu pencalonan itu satu perkara yang kecil. Agenda beliau yang sebenarnya adalah untuk memertabatkan Islam.


Tapi, alangkah ruginya PAS apabila menolak dan membelakangkan seorang pemimpin mereka yang dihormati dan mempunyai pengikut yang ramai. Ramai orang tahu, kususnya orang-orang PAS, Datuk Dr Hassan Ali mempunya ciri-ciri sebagai seorang pejuang agama, bangsa dan negara. Krekter beliau berbeza dengan pemimpin-pemimpin PAS yang lain. 

Maaf ye, ini bukan bodek atau nak ampu. Memang tidak dinafikan bahawa beliau benar-benar ingin menyatukan kembali perpaduan orang-orang melayu antara PAS dan UMNO yang belum ada kesudahannya. Malang, usaha murni beliau di halang oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan peribadi di dalam parti PAS.

Akibatnya, beliau di singkirkan dengan cara halus oleh partinya. Kesian dia. Bagi pandangan IBM, yang ruginya ialah PAS sendiri. Dik kerana perbezaan pandapat dan berkepentingan dalam parti membuat PAS sudah mula megamalkan politik 'pancung memancung' atau tikam belakang. Kalau kita suarakan ini, sudah tentu PAS akan melenting. 

Alangkah eloknya jika Datuk Dr Hassan Ali keluar dari PAS dan menyertai UMNO, kerana ramai kawan-kawan dari UMNO mengharapkan supaya beliau berbuat demekian. Ada sesiapa setuju?...hehehehe...itu hanya pandangan peribadi saya sahaja. Tapi, tidak mustahil ianya boleh berlaku. Harap yang terbaik dari Datuk Dr Hassan Ali.

2 comments:

  1. Percayalah apa yang diucapkan Hassan Ali tu lahir dari hatinya...janagan kita ada keraguan terhadap azamnya menegak syiar Islam di bumi bertuah ini...kalau sedikit pun keredhaan dari ilahi sudah mencukupi buat nya..(itu kata2 ikhlas seorang pejuang)

    p/s keraguan dan was2 adalah bisikan syaitan kepada umat ... aku berlindung dari syaitan yang direjam.

    ReplyDelete
  2. Salam sgray,

    Betul apa yg Sdr cakapkan. Saya setuju benar. Saya yakin penuh akan kejujuran Datuk Dr Hassan Ali utk menyaatukan org2 melayu kini berpecah kpd 3 kumpulan.

    Perwatakan beliau memang mencerminkan beliau seorang pejuang agama, bangsa dan negara. Tiada keraguan/was2., kerana itu semua naluri dari syaitan yg ingin menyesatkan anak cucu adam/umat Nabi Muhammad saw. Terima kasih Sdr. Wassalam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...