Monday, December 26, 2011

MLM : ALAHAI, Pi Mai Tersingkir, Empat Yang Lain Mara Ke Akhir


SEDIKIT BERITA DUNIA HIBURAN. ASYIK CERITA POLITIK  JE BORING JUGAK, BETUL TAK?

PETALING JAYA - Peringkat separuh akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung pada malam Jumaat di Stadium Tertutup Majlis Bandaran Johor Bahru menyaksikan penyingkiran kumpulan Pi Mai pada persembahan minggu kelapan itu.

Penyingkiran Pi Mai yang dianggotai oleh Imuda, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Sathiya itu dibuat selepas mendapat markah terendah sebanyak 15.8 peratus.

Selain Pi Mai, kumpulan Syok turut berada dalam kedudukan dua peserta mendapat markah terendah iaitu sebanyak 18.6 peratus. Bagaimanpun hanya satu penyingkiran dilakukan.

Dalam pada itu, persembahan pada minggu kelapan itu diungguli oleh kumpulan Osbon (23.2 peratus), Boboi (23.2 peratus) dan kumpulan daripada Indonesia, Saehu (19.2 peratus).

Pada peringkat separuh akhir itu, para peserta diberi dua tugasan iaitu tema adaptasi daripada filem klasik dan konsep bebas.

Keempat-empat peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir bakal bertanding pada persembahan terakhir yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada Jumaat depan.

Sementara itu, kumpulan Pi Mai beterima kasih kepada semua pengundi dan peminat yang sentiasa menyokong mereka di pentas MLM sehingga minggu kelapan.

Dalam perkembangan lain, juri tetap MLM, Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan berpuas hati dengan persembahan para peserta pada minggu ini dan berharap mereka akan melakukan yang terbaik untuk peringkat akhir.

Selain Chef Wan, dua lagi juri tetap yang memberi komen setiap minggu ialah bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hasan dan Datuk Siti Nurhaliza serta juri jemputan, penyanyi Ferhad.

Markah keseluruhan dikira berdasarkan undian penonton yangmembawa kepada 30 peratus markah serta baki 70 peratus lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Program MLM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro warna (saluran 132).

P/S  : IBM rasa ralat jugak bila Pi Mai tersingkir kerana IBM adalah peminat setia depa. Tapi, apa boleh buat. Bukan rezeki depa. Kepada peserta akhir nanti, buatlah yang terbaik. Kan baik kalau bekas pelawak dan ustaz bodoh, Bob Lokman masuk bertanding....suka tengok kalau dia tersingkir awal..hehehehe...just kidding - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...