Friday, December 16, 2011

Janji Buku JINGGA Janji Kosong, Bohong Semata-Mata!!


JANJI demi janji yang mereka taburkan. Tapi, habuk pun tarak. Janji Pakatan Rakyat semasa PRU ke-12 dulu masih banyak yang belum ditunaikan. Kini, mereka berjanji lagi.  Mereka menerbitkan pula 'Buku Jingga' . Kononnya menifesto untuk PRU ke-13 pulak. Berapa banyak janji yang korang taburkan kepada rakyat?..sudah lah tu. Rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong korang.

Lagi pun, ketua korang dah nak masuk penjara. Maka, IBM nasihatkan buang je buku Jingga ni ke dalam longkang atau bakul sampah. Dan, sebelum buku Jingga ni diterbitkan, IBM masih ingat, malah semua rakyat ingat, kususnya rakyat di Selangor ni akan janji-janji Pakatan Rakyat sekiranya dapat menakluki Selangor. Tak payah IBM huraikan satu persatu akan janji-janji yang korang telah buat.


Cuma satu yang IBM nampak, beri air percuma. Terima kasih je lah. Tapi, bukan semua yang dapat. Sasarannya tidak sampai seperti apa yang dijanjikan. Ramai rakyat merungut terutamanya penghuni-penghuni rumah PPR. Mereka terpaksa bayar lebih kerana kroni-kroni pakatan rakyat yang diberi tender untuk penyelenggaran di beri subsidi air oleh kerajaan negeri, tapi rakyat yang menanggung kosnya. Itu yang dikatakan PR prihatin. Bohong. Bohong belaka. 

Kalau ini pun rakyat belum sedar, dan masih menyokong PR, tak tahulah apa nak kata. Baru tadi IBM terbaca dalam sebuah blog yang agak gempar juga. Anwar memberi amaran kepada rakyat negara ini, sekiranya dia tidak dipilih menjadi Perdana Menteri, negara kita kan jatuh miskin, rakyat akan merana. Oleh itu pilihan yang tepat, adalah beliau. Hehehe..macam masuk bakuL angkat sendiri le pulak. Memang dia tu muka tebal, tak bermoral. Ada hati nak jadi PM. Podahhhhh!. KATAKAN TIDAK PADA PR.!



BUKU JINGGA BUKU UNTUK KUMPULAN JINGGAY
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...