Saturday, December 17, 2011

Jamil Khir : Dakwaan Lelaki Melayu Kahwin Sejenis Di Siasat

BANGI, 17 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu ‘berkahwin’ dengan lelaki warga asing di luar negara. 

“Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga,” kata beliau dipetik Bernama Online. 
“Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. 
Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja. 
Mengulas kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu, Jamil Khir (gambar) berkata kejadian seumpama itu perlu ditangani secara bijaksana oleh Majlis Agama Islam negeri. 
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita kerana kejadian itu dikesan masih berlaku di sebelas masjid di daerah Marang, Setiu dan Besut berbanding 23 buah sebelum ini.

P/S Berlaku di luar negara, boleh ke Kerajaan Malaysia atau Jabatan Agama Islam Malaysia mengambil tindakan terhadap budak melayu tu?..kita tunggu - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...