Thursday, December 15, 2011

NASIB SI AL-JUBURI DI TENTUKAN PADA 9 JANUARI!!

Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada 9 Jan





KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 9 Jan depan berhubung kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas peguam utama Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menamatkan penghujahan mereka di akhir kes pembelaan. 


Anwar, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. 

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


P/S KALAU DIDAPATI BERSALAH, ADAKAH ANWAR MINTA DITANGGUHKAN LAGI?. MANUSIA BERNAMA ANWAR NI MEMANG LICIK ORANGNYA. KITA TUNGGU DAN LIHAT NANTI - IBM

SUMBER : myMetro.

1 comment:

  1. Salam Blog 1 Malaysia,

    Ko ni dah kena sawan ke. Mencarut tak tentu pasal. apa yg ko marah beno dgn Umno?...apa yg ko tak dapat dari Umno?...dan skrg bila ko beralih angin dan menyokong pd Pembangkang, apa yg ko dpt, apa yg diaorang bagi kat ko?..
    Kalau ko nak marah ke, mencarut ke, berpada2 le...mana maruah ko sebagai bangsa melayu dan beragama Islam??. Jgn terlalu fanatik dan berdedam...tak elok. Ko juga yg rugi. Cara ko menulis, mcm org tak pergi sekolah, maki hamun yg tempias pd diri ko balik...fikir2kanlah wahai sahabat......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...