Friday, December 31, 2010
Sorotan/Peristiwa tahun 2010 dalam kenangan...
Selamat Tahun Baru 2011
Awas kepada Akhbar Terbitan Pakatan Rakyat Selangor !!
PRK DUN Tenang : Pas Tak Ada 'Telo'
Wanita antara disenarai bakal calon di Tenang.
Hari Ini Dalam Sejarah
PERCUBAAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU |
Tarikh Peristiwa Pada 31.12.1932 Malaysia telah mengalami beberapa kali perubahan waktu yang dilakukan oleh pihak pemerintah bertujuan untuk menyesuaikan kepada keadaan dalam negeri ataupun kepentingan di peringkat antarabangsa. Pada hari ini 31.12.1932, waktu Persekutuan Tanah Melayu diubah dari 11.40 malam kepada 12.00 malam. Perubahan ini merupakan yang pertama kali diadakan menjadikan waktu di Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal daripada waktu Greenwich. Pada 1 September 1941, waktu Persekutuan Tanah Melayu diubah bagi kali kedua dengan dipercepatkan 10 minit untuk menyelaras waktu tempatan dengan waktu antarabangsa. Apabila Jepun memerintah negara ini pada tahun 1942, waktu Tanah Melayu ditukar mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal hinggalah pada tahun 1945. Apabila Jepun kalah 1945, waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehinggalah pada 3 Disember 1981. Apabila Malaysia mempercepatkan waktu sebanyak 30 minit untuk menyeragam waktu dengan Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia. ULASAN IBM : Selamat Membaca !! Sumber : Arkib Negara |
Thursday, December 30, 2010
Wan Azizah Catat Sejarah " Presiden Boneka "
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai presiden boneka yang hanya patuh dan tunduk kepada suaminya, Datuk Seri Awnar Ibrahim dalam mengemudi parti berkenaan.
Bekas Setiausaha Pemuda PKR, Sd Johari Sd Yassin berkata tidak pernah tercatat di dalam sejarah presiden parti sepertimana Wan Azizah yang menyerlahkan kegagalan beliau memainkan peranan sebagai jurumudi parti terbabit.
Iron Lady Dap gesa Najib mohon maaf. Untuk Apa ??
Hangat !! Gambar Cium tersebar, Julie Woon beri penjelasan
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.
Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.
"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.
"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online,di sini, Rabu.
Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.
"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.
"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.
Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.
Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.
"Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.
"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya.
ULASAN IBM : Tak tahu apa dah jadi manusia di zaman modern ini. Apa nak di ketogerikan jenis ini ?...fikir-fikirlah sendiri......
Hari Ini Dalam Sejarah
Salam kepada semua pembaca dan pengemar blog. Mari kita tinjau-tinjau apa yang berlaku pada hari ini dalam sejarah.....
KONGRES KEBUDAYAAN MELAYU PERTAMA |
Tarikh Peristiwa Pada 30.12.1957 Nilai masyarakat dilihat dari sudut kebudayaan yang diwarisi oleh satu-satu masyarakat tersebut. Dalam masyarakat timur mempertahankan nilai ini selaku diutamakan. Sebagai satu usaha mempertahankan nilai-nilai kebudayaan yang diwarisi, di samping memperkukuh satu kongres kebudayaan Melayu yang pertama telah diadakan pada 30 Disember 1957. Kongres Kebudayaan Melayu yang pertama ini berlangsung selama 3 hari di Melaka. Dihadiri oleh 51 buah badan kebudayaan dan persuratan Melayu dari seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Kalimantan Utara. Sebanyak 18 kertas kerja telah dibentangkan. Bagi melaksanakan kongres ini satu panitia Kongres Kebudayaan Melayu Tanah Melayu telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Encik Muhamed Yusuf Harun. Di akhir kongres ini Dewan Kebudayan Kebangsaan telah dibentuk bagi menyelenggarakan keputusan-keputusan Kongres namun ia tidak aktif akibat kematian tokoh-tokoh utama Dewan seperti Aminuddin Baki, Zulkifli Muhamed dan Haji Hamid Fadzil. Di atas kesedaran untuk menjadi kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan nasional. Pihak Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan kongres kebudayaan yang pertama pada tahun 1971. Kongres ini menjadi begitu penting dalam masyarakat di Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum serta usaha-usaha Kerajaan untuk mencipta kebudayaan nasional di negara ini. ULASAN IBM : Hari ini hanya satu paparan sejarah sahaja yang dapat dipaparkan. Harap maaf ! Selamat membaca !! |
PIALA SUZUKI 2010 - Najib Umum 31 Disember Cuti Umum !!!
UMNO Hulur Bantuan Segera Mangsa Kebakaran Bukit Malut
LANGKAWI, 29 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, bantuan segera berupa keperluan persekolahan kepada kira-kira 64 orang anak mangsa kebakaran di Bukit Malut akan disalurkan memandangkan sesi persekolahan bakal bermula minggu hadapan.
“Kita sedar, musibah ini menyebabkan segala keperluan sekolah yang telah dibuat hangus terbakar. Sesi persekolahan pula akan bermula. Bagi meringankan beban mangsa, bantuan segera ini akan disalurkan terlebih dahulu,” jelas beliau. Untuk cerita selanjutnya klik disini....
ULASAN IBM : Kebakaran diperkampungan nelayan Bukit Malut, Ulu Melaka semalam, meninggalkan kenangan pilu buat penduduk langkawi sebelum tirai 2010 berlabuh. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Tak kira banyak atau pun sikit....
Wednesday, December 29, 2010
Isu Pelantikan Khusrin : Khalid Gereja dan PR mula Kecut..
Sorotan Senario Politik 2010
Hari Ini Dalam Sejarah
Salam, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
KEGAGALAN RUNDINGAN BALING |
Tarikh Peristiwa Pada 29.12.1955 Pada hari ini dalam tahun 1955, Rundingan Baling telah berakhir dengan tanpa mencapai kejayaan. Rundingan yang berlangsung di antara pihak kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ini bertujuan untuk menamatkan darurat Pertemuan bersejarah ini telah berlangsung di dalam empat sesi selama dua hari, bertempat di sekolah Kerajaan Baling, Kedah. Pihak kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura, Encik David Marshall serta Dato' Sir Tan Cheng Lock. Manakala PKM diwakili oleh Chin Peng selaku Setiausaha Agung PKM, bersama dengan Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin. Dalam rundingan itu Tunku Abdul Rahman telah menerangkan syarat-syarat berkaitan pengampunan beramai-ramai dan pergolakan politik negara. Beliau meyakinkan PKM bahawa Persekutuan Tanah Melayu sedang menuju ke arah mencapai kemerdekaan dan menyeru PKM agar menghentikan keganasan. Sesungguhnya, Rundingan yang diadakan ini merupakan kemuncak usaha kerajaan dalam mengatasi pemberontakan bersenjata komunis. Kegagalan rundingan ini ialah kerana permohonan PKM agar mereka diberikan pengiktirafan serta dibenarkan mengamalkan ideologi Komunis ditolak dan tidak diterima sama sekali oleh kerajaan. Dan, kepada guru-guru pula ada sejarah yang harus anda semua peringati.............. Para pendidik di negara ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan generasi akan datang. Peranan para pendidik untuk melahirkan generasi sudah terbukti sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi. Pada hari ini, 29.12.1966, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah merasmikan Kongres Guru-Guru Se Malaysia bertempat di Kuala Lumpur. Tujuan utama diadakan Kongres ini untuk membincangkan peranan pendidik dalam melaksanakan dasar-dasar pendidikan dan mengambil inisiatif membentuk masyarakat yang bersatu. Berucap semasa perasmian Tun berkata, harapan Kerajaan memperkukuhkan hubungan saling mengerti dan berbaik-baik antara rakyat berbilang bangsa untuk membantu bangsa yang bersatu dan di sini peranan sekolah dan para pendidik cukup penting sekali. Katanya lagi di bawah satu dasar pelajaran kebangsaan kanak-kanak dari semua kaum belajar mata pelajaran sama di bawah satu bumbung. Dengan itu dapatlah ditanam rasa setia kepada negara dan menjadi warganegara yang baik. Diharap dengan adanya Kongres ini akan dapat mencari cara-cara yang terbaik bagi para pendidik melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka. SELAMAT MEMBACA !! Sumber : Arkib Negara |
20 Tahun Pas Perintah Kelate.......
Tuesday, December 28, 2010
MESTI BACA : Sejarah 1977 : Sebab Sebenar PAS disingkir dari BN.......
Menjelang PRK Tenang : Pemuda Pakatan Reput (PR) Mengharapkan Pertolongan Allah ?
Hari Ini Dalam Sejarah
PELANCARAN PERKHIDMATAN TV MALAYSIA |
Tarikh Peristiwa Pada 28.12.1963 Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan Televisyen Malaysia (TV telah dilancarkan. Upacara pelancaran dilakukan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dari studio sementara TV Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Kerajaan Malaysia telah mendapat bantuan dari Suruhanjaya Penyiaran Kanada untuk memperkenalkan perkhidmatan ini. Bantuan tersebut berupa teknikal di bidang kejuruteraan latihan, rancangan dan pentadbiran. Di peringkat awal pelancarannya, masa siaran ialah kira-kira 5 setengah jam sehari atau 44 jam seminggu dengan tambahan masa siaran pada hujung minggu. 50 peratus dari rancangan yang disiarkan dibuat secara terus-menerus dari studio manakala sebahagian lagi adalah filem-filem sumbangan Filem Negara dan lain-lain sumber luar. Sebagai permulaan, penerimaan adalah terhad kepada penonton-penonton ibu negara dan kawasan-kawasan berhampiran. Bagaimanapun dalam tahun 1964, beberapa buah stesen pemancar telah dibina bagi membolehkan lebih ramai penonton menerima perkhidmatan ini. Tiga buah stesen pemancar yang mula-mula dibina terletak di Gunung Kledang Perak, Gunung Tampin Negeri Sembilan dan Gunung Jerai di Kedah. Beberapa stesen pemancar lagi dibina kemudian, antaranya ialah di Gunung Pulai, Johor dan Bukit Maxwell, Perak. Dalam pada itu rancangan juga dibuat untuk studio kekal di sebuah kawasan di Lembah Pantai yang dikenali kini sebagai Kompleks Angkasapuri. Dalam tempoh beberapa tahun sejak pelancarannya, TV Malaysia terus mencatat kemajuan yang pesat. Perubahan dari hitam putih kepada TV warna dalam tahun 1978 merupakan satu lagi kejayaan besar media ini di samping kemajuan kemajuan di segi tambahan masa siaran, penerbitan rancangan tempatan dan sebagainya. Dan bila pula TV warna di lancarkan ?....jom baca...... Perkembangan di bidang penyiaran pesat berkembang di negara ini, salah satu daripada alat perantara penyiaran di negara ini ialah Televisyen. Di bawah Kementerian Penerangan usaha-usaha telah dijalankan bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat di negara ini. Salah satu perkembangan yang pesat pada bidang ini ialah pelancaran TV Warna. Majlis Pelancaran TV Warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28.12.1978. Rancangan pertama yang disiarkan dalam bentuk warna ialah program Puspawarna yang disiarkan secara langsung. Berucap semasa merasmikan Pelancaran TV Warna di Auditorium Besar Angkasapuri, Perdana Menteri Datuk Hussein Onn berharap pihak TV dapat memainkan peranan yang penting bagi menyampaikan maklumat yang tepat, terperinci serta jelas dan bertanggungjawab terutamanya untuk mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum di negara ini. Dalam masyarakat moden hari ini penyiaran terutama TV cukup penting sekali sebagai penyampai maklumat, apatah lagi yang berbentuk siaran langsung kepada rakyat. Hari ini dengan adanya stesen TV swasta limpahan maklumat semakin berkembang kepada rakyat dan ini boleh menjayakan usaha-usaha Kerajaan membentuk masyarakat yang bermaklumat. ULASAN IBM : Selamat Membaca..!! SUMBER : Arkib Negara |