Salam buat para pembaca yang budiman. Baru sebentar tadi kita menyaksikan pasukan bolasepak kita Malaysia membenam Indonesia 3 - 0 di perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil iaitu Piala Suzuki AFF 2010. Sekalong tahniah buat pasukan negara. Bekalan 3-0 ini kita bawa ke Jakarta. Kekalkan kedudukan jaringan ini, Insyallah kita akan jadi Juara buat kali pertama.
Kita tinggalkan cerita bola buat seketika. Jom kita menghayati koleksi 'Mutiara Kata' buat pendoman diri kita. Kali ini tajuknya ialah : "CEMBURU"
* Cemburu itu tidak lebih daripada berasa sendirian antara musuh yang tersenyum *
* Cemburu kecil adalah mabuk cinta bagi menumbuhkan kasih sayang yang lebih mendalam *
* Setiap bangsa yang masih ada perasaan cemburu di kalangan kaum lelakinya, maka terpeliharalah kaum wanitanya dengan baik *
* Bagi mengikat suami, cemburulah sedikit, bagi melepaskannya, tambahlah sedikit lagi cemburu itu *
* Yang tidak cemburu tidak cinta *
* Yang tidak cemburu adalah musuh dirinya sendiri. Dia tidak henti-henti bergolak dengan seksaan yang ditimbulkannya sendiri *
* Yang cinta bukanlah cinta, melainkan cemburu *
ULASAN IBM : Ringkas je...jangan CEMBURU buta..memang bahaya...
SELAMAT MEMBACA.!!