Monday, December 27, 2010

Chegubard tolak jawatan (SUA)..lawak sensasi Pkr kot....

Perkhabaran yang sukar diterima. Betul ke?...isss..isss...panas! panas!....

Calon ketua angkatan muda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam pemilihan lalu berkata beliau enggan menerima tawaran untuk dilantik ke jawatan timbalan setiausaha agung yang ditawarkan parti.

Tambahnya, beliau kini masih menunggu tindakan parti itu berhubung aduan yang dibuat berkaitan pemilihan parti yang berakhir bulan lalu.

chegubard badrul hisham shaharin 271110
Badrul Hisham yang popular dengan jolokan Chegubard itu turut mengucapkan terima kasih kepada presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kerana mengumumkan pelantikan beliau ke jawatan itu pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, Badrul Hisham (atas, berjaket hitam) berkata beliau memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut atas dasar prinsip.

"Saya sayangkan parti ini, dan kerana sayanglah saya akan terus menegur.

"Saya sayangkan negara ini, saya ingin pastikan keadilan menjadi sesempurna mungkin sebelum kita sampai ke Putrajaya," katanya dalam sidang media di Bukit Mertajam.

Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah mendengar pandangan daripada rakan dan ahli keluarganya.

azlan
Beliau terus menuntut tindakan lanjut selepas beliau mendengar nasihat daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang memintanya bersabar dan tidak mengambil tindakan melulu.

"Saya juga ingin ingatkan tentang janjinya bahawa keputusan siasatan (aduan pemilihan) akan diketahui dalam dua minggu... Janji ini dibuat dalam kongres parti (pada November)," katanya.

Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat walaupun tanpa apa-apa jawatan dan turut menegaskan supaya tindakan diambil terhadap aduan yang timbul berhubung pemilihan tersebut.

Beliau sebelum ini pernah mengadu terdapat campurtangan serius Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan langsung yang kali pertama dijalankan itu.

ULASAN IBM : Kalau betul le sumber-sumber ini, maka ini merupakan satu tamparan di dalam PKR. Jelas menunjukkan PKR di ambang keruntuhan. Apa pun alasan yg chegubard beri, itu mungkin nak menutup kekecewaan beliau didalam Pkr.. .....Arios PKR..!!

Sumber : malaysiakini
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...