Friday, December 31, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

31 DISEMBER

Salam, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Kata perpatah Melayu, " Tak ada dulu tak ada sekarang ".....begitu juga dengan sejarah silam. Mesti ada sejarah yang dulu-dulu harus kita ingati dan hayati. Mari kita baca sejarah apa yang berlaku pada hari ini....jom..

PERCUBAAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tarikh Peristiwa Pada 31.12.1932

Malaysia telah mengalami beberapa kali perubahan waktu yang dilakukan oleh pihak pemerintah bertujuan untuk menyesuaikan kepada keadaan dalam negeri ataupun kepentingan di peringkat antarabangsa. Pada hari ini 31.12.1932, waktu Persekutuan Tanah Melayu diubah dari 11.40 malam kepada 12.00 malam. Perubahan ini merupakan yang pertama kali diadakan menjadikan waktu di Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal daripada waktu Greenwich. Pada 1 September 1941, waktu Persekutuan Tanah Melayu diubah bagi kali kedua dengan dipercepatkan 10 minit untuk menyelaras waktu tempatan dengan waktu antarabangsa. Apabila Jepun memerintah negara ini pada tahun 1942, waktu Tanah Melayu ditukar mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal hinggalah pada tahun 1945. Apabila Jepun kalah 1945, waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehinggalah pada 3 Disember 1981. Apabila Malaysia mempercepatkan waktu sebanyak 30 minit untuk menyeragam waktu dengan Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia.


ULASAN IBM : Selamat Membaca !!

Sumber : Arkib Negara


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...