Thursday, December 30, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

30 DISEMBER

Salam kepada semua pembaca dan pengemar blog. Mari kita tinjau-tinjau apa yang berlaku pada hari ini dalam sejarah.....


KONGRES KEBUDAYAAN MELAYU PERTAMA
Tarikh Peristiwa Pada 30.12.1957

Nilai masyarakat dilihat dari sudut kebudayaan yang diwarisi oleh satu-satu masyarakat tersebut. Dalam masyarakat timur mempertahankan nilai ini selaku diutamakan. Sebagai satu usaha mempertahankan nilai-nilai kebudayaan yang diwarisi, di samping memperkukuh satu kongres kebudayaan Melayu yang pertama telah diadakan pada 30 Disember 1957. Kongres Kebudayaan Melayu yang pertama ini berlangsung selama 3 hari di Melaka. Dihadiri oleh 51 buah badan kebudayaan dan persuratan Melayu dari seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Kalimantan Utara. Sebanyak 18 kertas kerja telah dibentangkan. Bagi melaksanakan kongres ini satu panitia Kongres Kebudayaan Melayu Tanah Melayu telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Encik Muhamed Yusuf Harun. Di akhir kongres ini Dewan Kebudayan Kebangsaan telah dibentuk bagi menyelenggarakan keputusan-keputusan Kongres namun ia tidak aktif akibat kematian tokoh-tokoh utama Dewan seperti Aminuddin Baki, Zulkifli Muhamed dan Haji Hamid Fadzil. Di atas kesedaran untuk menjadi kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan nasional. Pihak Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan kongres kebudayaan yang pertama pada tahun 1971. Kongres ini menjadi begitu penting dalam masyarakat di Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum serta usaha-usaha Kerajaan untuk mencipta kebudayaan nasional di negara ini.

ULASAN IBM : Hari ini hanya satu paparan sejarah sahaja yang dapat dipaparkan. Harap maaf !

Selamat membaca !!




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...