KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.
Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.
“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.
“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.
“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.
“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya seperti dipetik The Malaysian Insider.
"Tuhan telah ampunkan dosa ADUN yang berzina itu." - Nik Aziz
TGNA Mengamuk Menyalahkan Blogger :
Tak reti dosa pahala, kata Nik Aziz.......
Dengan nada yang marah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang yang menggunakan blog sebagai medan membuat fitnah sebagai 'buta' dosa dan pahala.
Ketika diminta mengulas isu yang kini sedang leka didendangkan blogger pro-Umno itu, Mursyidul Am PAS itu didakwa berkata "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala,".
Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.
Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.
Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.
Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.
TERKINI !!
Saksi utama kes ADUN SELISING DITANGKAP BERZINA telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Keadaan saksi utama masih belum diketahui. Ayuh rakyat Malaysia!! kita berdoa agar keselamatan saksi utama Ust. Saidi berada dalam keadaan selamat dan terpelihara..amin !!!
Sumber: Papa Gomo
Saksi utama kes ADUN SELISING DITANGKAP BERZINA telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Keadaan saksi utama masih belum diketahui. Ayuh rakyat Malaysia!! kita berdoa agar keselamatan saksi utama Ust. Saidi berada dalam keadaan selamat dan terpelihara..amin !!!
Sumber: Papa Gomo
Ulasan IBM : Aiikk..! tak cukup bukti ke.? apa lagi bukti yg si penzina ni nak.? Kepada rakan-rakan blogger, Papa Gomo dan yang lain, ayuh, kita buktikan, dedahkan biar masyarakat tahu siapa sebenarnya puak-puak Pas yg menganggap mereka itu alim, dan ahli syurga seperti yg dijanjikan oleh TGNA......memang HAMPehhh....!