Friday, December 31, 2010

Sorotan/Peristiwa tahun 2010 dalam kenangan...

Salam, salam 1 Malaysia.
Tahun 2010 baru saja melabuhkan sejarahnya. Mari kita mengimbau kembali apa yang berlaku di tahun 2010. Antara sorotan 2010 yang sempat dimuatkan di sini :

25 April 2010
Calon BN menang PRK Hulu Selangor

HULU SELANGOR - Calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor selepas menewaskan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majorti 1,725 undi.


8 Disember 2010

Dr Khir Toyo letak Jawatan

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam.
Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, Khir Toyo kemudian dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Seksyen 165 kanun keseksaan atas kesalahan rasuah. Difahamkan penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan berhubung pembelian tanah untuk rumahnya ala Bali di Seksyen 7, Shah Alam.
Beliau juga menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.



6 September 2010

Jutawan Kosmetik dibunuh

BANTING - Negara digemparkan dengan laporan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sehingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Pada 13 Oktober lepas, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati Lawiya. Kes itu akan didengar semula pada 27 Januari 2011.

1 Disember

GAPS serah memorandum penyelewengan PKR Selangor

SHAH ALAM - Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan PKR Selangor kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, antara penyelewengan yang dilakukan PKR termasuklah pembaziran wang rakyat yang digunakan untuk membeli hutang Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemisikinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegsgalan menguruskan bekalan air di negeri ini.

Catatan Oleh : IBM





Selamat Tahun Baru 2011


Salam.
Kepada semua pembaca-pembaca blog yang di hormati, IBM ingin mengucapkan selamt menyambut Tahun 2011, moga ceria dan success selalu.


Tahun ini ‘kan berlalu, laksana anak panah terlepas dari busurnya. Pajar baru di tahun yang akan datang, semoga menjadi lembaran baru yang lebih baik. Selamat tahun baru 2011 semoga lebih maju dan sukses.

Coretan dari : IBM

Awas kepada Akhbar Terbitan Pakatan Rakyat Selangor !!

Akhbar Selangor kini

Akbar Selangor Times

Perhatian !! Sesiapa pernah baca akhbar Selangor Kini dan Selangor Times ?. Akhabar yang di terbitkan oleh Pakatan Rakyat Selangor yang penuh dengan penipuan, fitnah dan mengelirukan rakyat. Boleh baca, jika terjumpa, tapi habis baca buangkan saja di dalam tong sampah. [...]

Baca Seterusnya -> Klik Di sini..

ULASAN IBM : Macam-macam hal dan kerenah yang Pakatan Rakyat Selangor lakukan demi untuk mengelirukan rakyat. Politik songsangnya melampau-lampau. Tapi....bagi kami UMNO- BN, itu tidak menjadi hal....teruskan...kami akan pastikan Pakatan Reput (PR) akan lenyap di bumi Selangor dan di negeri-negeri yang mereka terajui.....insyallah....

PRK DUN Tenang : Pas Tak Ada 'Telo'


Wanita antara disenarai bakal calon di Tenang.

Mengikut Pas, wanita adalah antara yang disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon Pas dalam pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Januari nanti.

Calon wanita tersebut merupakan bekas seorang guru, anak tempatan dan memegang jawatan di cabang tempatan parti itu, mengikut sumber Pas.

Pengarah Operasi Pilihan raya Pas bagi pilihan raya kecil Tenang, Dzulkefeley Ahmad berkata, cakap-cakap bahawa Pas meletakan calon wanita hanyalah khabar angin kerana keputusan mengenai siapa calon Pas hanya akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti tidak lama lagi. Namun, katanya, nama pemimpin wanita itu terdapat dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon.


ULASAN IBM : Kata Pas , mereka tidak letak harapan tinggi di PRK Dun Tenang. Itu sebab mereka menyusun strategi baru untuk meletakkan calon wanita. Nak dapat undi simpati le tu. Siaopa tak kenal Pas. Apa-apa pu, siapa pun calon Pas, BN tetap lawan......

Hari Ini Dalam Sejarah

31 DISEMBER

Salam, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Kata perpatah Melayu, " Tak ada dulu tak ada sekarang ".....begitu juga dengan sejarah silam. Mesti ada sejarah yang dulu-dulu harus kita ingati dan hayati. Mari kita baca sejarah apa yang berlaku pada hari ini....jom..

PERCUBAAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tarikh Peristiwa Pada 31.12.1932

Malaysia telah mengalami beberapa kali perubahan waktu yang dilakukan oleh pihak pemerintah bertujuan untuk menyesuaikan kepada keadaan dalam negeri ataupun kepentingan di peringkat antarabangsa. Pada hari ini 31.12.1932, waktu Persekutuan Tanah Melayu diubah dari 11.40 malam kepada 12.00 malam. Perubahan ini merupakan yang pertama kali diadakan menjadikan waktu di Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal daripada waktu Greenwich. Pada 1 September 1941, waktu Persekutuan Tanah Melayu diubah bagi kali kedua dengan dipercepatkan 10 minit untuk menyelaras waktu tempatan dengan waktu antarabangsa. Apabila Jepun memerintah negara ini pada tahun 1942, waktu Tanah Melayu ditukar mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal hinggalah pada tahun 1945. Apabila Jepun kalah 1945, waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehinggalah pada 3 Disember 1981. Apabila Malaysia mempercepatkan waktu sebanyak 30 minit untuk menyeragam waktu dengan Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia.


ULASAN IBM : Selamat Membaca !!

Sumber : Arkib Negara


Thursday, December 30, 2010

Wan Azizah Catat Sejarah " Presiden Boneka "


KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai presiden boneka yang hanya patuh dan tunduk kepada suaminya, Datuk Seri Awnar Ibrahim dalam mengemudi parti berkenaan.

Bekas Setiausaha Pemuda PKR, Sd Johari Sd Yassin berkata tidak pernah tercatat di dalam sejarah presiden parti sepertimana Wan Azizah yang menyerlahkan kegagalan beliau memainkan peranan sebagai jurumudi parti terbabit.

[ Baca seterusnya.]

Iron Lady Dap gesa Najib mohon maaf. Untuk Apa ??

Kalau di ikutkan hati, memang geram melihat gelagat pemimpin-pemimpin Dap rasis dan juga induknya Pakatan Reput Rakyat (PR). Tak habis-habis nak cari pasal. Isu sambutan Krismas pun nak di Politikan. Memang celaka Dapig ni.............


Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok menuntut Datuk Seri Najib Razak supaya memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas.

NONE
Teresa berkata arahan itu menetapkan supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadiri Najib pada 25 Disember lalu.

Majlis berkenaan diadakan di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur.

Arahan berkenaan juga melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu, kata Teresa lagi.

Teresa yang juga exco kanan kerajaan Selangor menyifatkan arahan daripada pejabat perdana menteri itu merupakan satu tindakan yang "tidak menghormati" masyarakat Kristian.

"Arahan Pejabat Perdana Menteri itu adalah satu pengkhianatan terhadap (slogan) berbilang etnik, berbilang agama 1Malaysia yang dikhutbahkan dengan penuh ghairah oleh Najib," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.

najib pc 091210 01
Tambahnya, Najib perlu memohon maaf kepada CFM kerana "menyah-Kristiankan" majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.

“Arahan seperti itu daripada Pejabat Perdana Menteri menunjukkan betapa tidak ikhlas dan tidak sopan kelakuan Najib sebagai seorang tetamu," katanya.

Teresa juga berkata, beliau meragui sekiranya Najib tidak mengetahui bahawa pejabatnya sendiri telah mengeluarkan arahan berkenaan.

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Najib mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama.

“Saya harap Najib dan pejabatnya akan sedar bahawa ada makna mendalam bagi Krismas, melebihi Santa Claus dan salju dan makna mendalam itu perlu dihormati," katanya.

ULASAN IBM : Ehhhh...Ehhhh...betul ke ni ? betul ke arahan datangnya dari DS najib ? Jangan buat ceria Miss Kok, Krismas pun dah berlalu...kenapa nak cari pasal ?

Hangat !! Gambar Cium tersebar, Julie Woon beri penjelasan


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.

Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.

"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.

"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online,di sini, Rabu.

Gambar 'panas' ini tersebar menyebabkan nama Julie Woon tercalar.

Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.

"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.

Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.

Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.

"Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.

"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya.


ULASAN IBM : Tak tahu apa dah jadi manusia di zaman modern ini. Apa nak di ketogerikan jenis ini ?...fikir-fikirlah sendiri......

Hari Ini Dalam Sejarah

30 DISEMBER

Salam kepada semua pembaca dan pengemar blog. Mari kita tinjau-tinjau apa yang berlaku pada hari ini dalam sejarah.....


KONGRES KEBUDAYAAN MELAYU PERTAMA
Tarikh Peristiwa Pada 30.12.1957

Nilai masyarakat dilihat dari sudut kebudayaan yang diwarisi oleh satu-satu masyarakat tersebut. Dalam masyarakat timur mempertahankan nilai ini selaku diutamakan. Sebagai satu usaha mempertahankan nilai-nilai kebudayaan yang diwarisi, di samping memperkukuh satu kongres kebudayaan Melayu yang pertama telah diadakan pada 30 Disember 1957. Kongres Kebudayaan Melayu yang pertama ini berlangsung selama 3 hari di Melaka. Dihadiri oleh 51 buah badan kebudayaan dan persuratan Melayu dari seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Kalimantan Utara. Sebanyak 18 kertas kerja telah dibentangkan. Bagi melaksanakan kongres ini satu panitia Kongres Kebudayaan Melayu Tanah Melayu telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Encik Muhamed Yusuf Harun. Di akhir kongres ini Dewan Kebudayan Kebangsaan telah dibentuk bagi menyelenggarakan keputusan-keputusan Kongres namun ia tidak aktif akibat kematian tokoh-tokoh utama Dewan seperti Aminuddin Baki, Zulkifli Muhamed dan Haji Hamid Fadzil. Di atas kesedaran untuk menjadi kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan nasional. Pihak Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan kongres kebudayaan yang pertama pada tahun 1971. Kongres ini menjadi begitu penting dalam masyarakat di Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum serta usaha-usaha Kerajaan untuk mencipta kebudayaan nasional di negara ini.

ULASAN IBM : Hari ini hanya satu paparan sejarah sahaja yang dapat dipaparkan. Harap maaf !

Selamat membaca !!




PIALA SUZUKI 2010 - Najib Umum 31 Disember Cuti Umum !!!


PM ishtihar 31 Disember (Jumaat) Cuti Umum Sempena Meraikan Kejayaan Skuad Harimau Rangkul Piala Suzuki AFF.....cerita selanjutnya klik di sini...

ULASAN IBM : 14 tahun menanti. Akhirnya Piala Suzuki AFF jadi milik kita. Tahniah skuad Harimau, Malaysia boleh !!!

UMNO Hulur Bantuan Segera Mangsa Kebakaran Bukit Malut


LANGKAWI, 29 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, bantuan segera berupa keperluan persekolahan kepada kira-kira 64 orang anak mangsa kebakaran di Bukit Malut akan disalurkan memandangkan sesi persekolahan bakal bermula minggu hadapan.

“Kita sedar, musibah ini menyebabkan segala keperluan sekolah yang telah dibuat hangus terbakar. Sesi persekolahan pula akan bermula. Bagi meringankan beban mangsa, bantuan segera ini akan disalurkan terlebih dahulu,” jelas beliau. Untuk cerita selanjutnya klik disini....

ULASAN IBM : Kebakaran diperkampungan nelayan Bukit Malut, Ulu Melaka semalam, meninggalkan kenangan pilu buat penduduk langkawi sebelum tirai 2010 berlabuh. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Tak kira banyak atau pun sikit....


Wednesday, December 29, 2010

Isu Pelantikan Khusrin : Khalid Gereja dan PR mula Kecut..

Khalid Kata : Perlantikan Khusrin Menunjukkan Umno Pentingkan Politik, Ketepikan Rakyat?

Isu perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, membuat Khalid dan Pakatan Rakyat Selangor mula goyah. Menurut Khalid kemasukkan Khusrin tidak ada maksud lain, melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Untuk cerita dan perkembangan selanjutnya klik di sini...

"Depa ni (UMNO) hebat-hebat belaka. apa aku nak buat ye,?" - Khalid


ULASAN IBM : Mengulas tentang isu ini, jelas menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Menuduh Umno tanpa bukti yang jelas, tanpa fakta2 yang kukuh. Dan mereka menggunakkan akhbar 'Harakah', akhbar yg selalu menimbulkan kontrovesi dan suka menabur fitnah. Itulah kerja depa....malas nak komen lagi.......

Sorotan Senario Politik 2010

Kata Pakatan Reput (PR) :

TAHUN 2010 akan melabuhkan tirannya dengan pelbagai sorotan peristiwa sepanjang tahun. Pencabulan terhadap sistem demokrasi berparlimen, kenaikan harga barangan keperluan, fahaman jumud yang beradarkan sentimen perkauman sempit serta penindasa ke atas hak rakyat terbanyak semuanya angkara UMNO-Barisan Nasional. Tercatat juga dalam kelendar 2010 kejayaan Pakatan Rakyat selesai Konvensyen di penghujung Disember.

Harapan pemimpin-pemimpin Pakatan Reput :
SEGANDING UBAH TAKDBIR NEGARA - Kuak.!.Kuak.!.Kuak!!!!

Ini antara rentetan mereka :

" Saya berharap agar ekonomi negara lebih baik pada 2011 berbanding tahun-tahun sebelumnya yang cukup menekan majorti rakyat khususnya kelas menengah dan golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan harga barang dan lain-lain bebenan." - Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.


" Bagi rakyat Malaysia saya berharap kita akan keluar dari belenggu UMNO-BN memandangkan pada tahun depan merupakan pilihan raya umum. Semuga mereka bijak memilih kerajaan yang terbaik." - Naib Presiden KEADILAN. - Fuziah Salleh

" Semoga tahun 2011 ini berupaya mengajak minda rakyat ke era yang menyakinkan bersama Pakata Reput seterusnya melakukan reformasi di negara kita bagi mengembalikan integriti dan maruah Malaysia ke arah yang lebih baik." - Naib Presiden PAS pusat - Salahuddin Ayub

" Mudah-mudahan bersempena tahun baru ini, rakyat Malaysia akan bebas dari jenayah dan rasuah yang cukup parah di era UMNO-BN. Semua ini mampu kita capai dengan menyokong agenda Pakatan yang pro rakyat." - Timbalan Pengerusi DAP - Dr Tan Seng Giaw.

ULASAN IBM : Memang harapan pemimpin-pemimpin Pakatan Reput rakyat tinggi mengunung, tapi rakyat bukan bodoh, rakyat dah muak dengan perilaku pemimpin-pemimpin PR yang hipokrit, pencetus fitnah, terlalu rasis (DAP). Itulah sifat-sifat semula jadi mereka yang mengamalkan politik songsang, juga untuk memuncitkan perut mereka. Ini yang nak memimpin negara ?....kirim salammmm.!..kepada rakyat jelata berhati-hati memilih di PRU ke-13 nanti. Undi anda adalah penentu jatuh bangunnya ekonomi dan kesetabilan, serta kehormanian Negara kita, Malaysia.....

Hari Ini Dalam Sejarah

29 DISEMBER

Salam, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Apa agaknya sejarah yang berlaku pada hari ini?...mari kita intai-intai dan baca.......

KEGAGALAN RUNDINGAN BALING
Tarikh Peristiwa Pada 29.12.1955

Pada hari ini dalam tahun 1955, Rundingan Baling telah berakhir dengan tanpa mencapai kejayaan. Rundingan yang berlangsung di antara pihak kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ini bertujuan untuk menamatkan darurat Pertemuan bersejarah ini telah berlangsung di dalam empat sesi selama dua hari, bertempat di sekolah Kerajaan Baling, Kedah. Pihak kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura, Encik David Marshall serta Dato' Sir Tan Cheng Lock. Manakala PKM diwakili oleh Chin Peng selaku Setiausaha Agung PKM, bersama dengan Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin. Dalam rundingan itu Tunku Abdul Rahman telah menerangkan syarat-syarat berkaitan pengampunan beramai-ramai dan pergolakan politik negara. Beliau meyakinkan PKM bahawa Persekutuan Tanah Melayu sedang menuju ke arah mencapai kemerdekaan dan menyeru PKM agar menghentikan keganasan. Sesungguhnya, Rundingan yang diadakan ini merupakan kemuncak usaha kerajaan dalam mengatasi pemberontakan bersenjata komunis. Kegagalan rundingan ini ialah kerana permohonan PKM agar mereka diberikan pengiktirafan serta dibenarkan mengamalkan ideologi Komunis ditolak dan tidak diterima sama sekali oleh kerajaan.


Dan, kepada guru-guru pula ada sejarah yang harus anda semua peringati..............


KONGRES GURU-GURU SE MALAYSIA
Tarikh Peristiwa Pada 29.12.1966

Para pendidik di negara ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan generasi akan datang. Peranan para pendidik untuk melahirkan generasi sudah terbukti sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi. Pada hari ini, 29.12.1966, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah merasmikan Kongres Guru-Guru Se Malaysia bertempat di Kuala Lumpur. Tujuan utama diadakan Kongres ini untuk membincangkan peranan pendidik dalam melaksanakan dasar-dasar pendidikan dan mengambil inisiatif membentuk masyarakat yang bersatu. Berucap semasa perasmian Tun berkata, harapan Kerajaan memperkukuhkan hubungan saling mengerti dan berbaik-baik antara rakyat berbilang bangsa untuk membantu bangsa yang bersatu dan di sini peranan sekolah dan para pendidik cukup penting sekali. Katanya lagi di bawah satu dasar pelajaran kebangsaan kanak-kanak dari semua kaum belajar mata pelajaran sama di bawah satu bumbung. Dengan itu dapatlah ditanam rasa setia kepada negara dan menjadi warganegara yang baik. Diharap dengan adanya Kongres ini akan dapat mencari cara-cara yang terbaik bagi para pendidik melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.


SELAMAT MEMBACA !!

Sumber : Arkib Negara


20 Tahun Pas Perintah Kelate.......

20 tahun ?..lama dah...rakyat Kelantan dah tak sabar nak singkirkan Pas dari Kelantan.
Antara rintihan-rintihan yang kedengaran sekarang ni (dalam loghat Kelate). Nanti dulu. Nak kata pantun, bukan pantun, madah, gurindam ? bukan jugak. Apapun moh kita baca......

20 Tahun Pas perintah Kelate
"Doh la tak dok pembangune. Hanya bermaharajalala penindase. Buktinya orgne asli digua muse"

"Masalah air terus berpanjange. Tu tok kira lagi agende pembangune. Ralik dok kecek fitnah ornge"

"Lo ni rakyat koho benge. Siang male dok kecek nok ko Isle DAP jerkah nusut dale lube"

"Dulu tegar nok ko negara Isle. Saing nga DAP Isle dok belake. Jadi pak angguk Lim Kit Sing"

"Anwar Ibrahim jadi panglima pere. Orghe nombor satu dale pembangke. Tapi siye Pas jadi kuda tunggange"

"Baru ni Piala Malaysia Kelate mane. Dok jaja berkat 20 tahun Pas di Kelate. Kalau berkat bakpo tunggu lama nak mene"

"Nik Aziz jadi idame Puak totok ni pehe-pehe .Negara Isle Pas lo ni tinggal kenange"

"UMNO saing nge MCA Pas kato haram. Tapi lo ni Pas nge Dap satu barise. Bulih pulak saing nge Lim Kit Siang. Nilah orghe panggil lidah cabe"

ULASAN IBM : Huhuhu...lucu, memang lucu. Apa jua rintihan yg dipaparkan di atas itu, adalah satu kenyataan bahawa Pas memang HAMpehh....apa lagi wahai rakyat Kelate, nyahkan Pas dari muka bumi Kelate...bila?..di PRU - 13 akan datang ni....Arios!!!!

Tuesday, December 28, 2010

MESTI BACA : Sejarah 1977 : Sebab Sebenar PAS disingkir dari BN.......


"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setingginya pengharagaan kepada tuan-tuan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya......

Untuk mengetahui cerita selanjutnya klik di sini

ULASAN IBM : Setelah habis baca, gunakanlah fikiran anda yang waras dan fikir-fikirkanlah akan kebenaranya. PAS memang menyangkal cerita ini. PAS masih cuba meneggak benang yang basah, dan masih berdendam dengan UMNO..iaitu dendam 'Kesumat'..dendam tak sudah. Demi untuk perpaduan orang-orang Melayu, dah tiba masanya kita kena bersatu....

Menjelang PRK Tenang : Pemuda Pakatan Reput (PR) Mengharapkan Pertolongan Allah ?


Apa kah selama ini mereka tidak mohon pertolongan dari Allah ? ?
Kenapa sekarang baru ingat Allah?.......



Pemuda Pakatan Reput (PR)

KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada 1 Januari 2011 akan datang sebagai memulakan gerak kerja pilihan raya secara rasmi.

Majlis pelancaran tersebut akan disempurnakan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada jam 5 petang di Perkarangan Markjaz Operasi Pemuda PAS jalan Segamat, pekan Tenang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memberitahu, pemuda Pakatan telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi merampas kerusi Dun Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi.

"Insyaallah, Pemuda Pakatan Rakyat akan menurunkan sekurang-kurangnya 1500 orang jentera utama di majlis pelancaran jentera pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kita akan memaksimumkan gerak kerja penerangan dan aktiviti kepemudaan bagi memenangi hati pengundi agar memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang kelak," katanya.

Beliau turut optimis peluang untuk menang sentiasa terbuka untuk Pakatan Rakyat dengan syarat segaka usaha diperkemaskan.

"Kita mengharapkan pertolongan dari Allah SWT agar kejayaan menjadi milik kita di Dun Tenang nanti kerana Johor sangat memerlukan suara dari Pakatan Rakyat untuk check and balance terutama pada setiap kali sidang Dun," katanya lagi.

Sebelum pelancaran, satu sesi ceramah motivasi gerakkerja akan disampaikan oleh beliau, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPSY, Anthony Loke.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor pada 22 Januari depan dan pengundian diadakan pada 30

ULASAN IBM : Memang pemuda PR ini dah reput semuanya. Kerana apa.?...Ketua -ketua depa semuanya dah hampir reput. Dan politik mereka pun dah reput. Inilah yang dikatakan politik ikut-ikutan, pemudanya pun jadi pak turut......Itulah Pemuda Pakatan Reput..berjuang tanpa hala tuju, ikut telunjuk ketua yang hampir reput...

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca-pembaca blog yang dihormati dan dikasehi sekelian.
Hari ini TV merupakan satu keperluan yang amat penting didalam kehidupan harian kita sekeluarga. Tahukah anda semua akan sejarah bermulanya perkhidmatan TV dan bilakah ianya bermula di negara ini ?..jom, mari kita imbas kembali dan kita ingat-ingatkan.......

Coretan Oleh : IBM


28 DISEMBER

PELANCARAN PERKHIDMATAN TV MALAYSIA
Tarikh Peristiwa Pada 28.12.1963

Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan Televisyen Malaysia (TV telah dilancarkan. Upacara pelancaran dilakukan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dari studio sementara TV Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Kerajaan Malaysia telah mendapat bantuan dari Suruhanjaya Penyiaran Kanada untuk memperkenalkan perkhidmatan ini. Bantuan tersebut berupa teknikal di bidang kejuruteraan latihan, rancangan dan pentadbiran. Di peringkat awal pelancarannya, masa siaran ialah kira-kira 5 setengah jam sehari atau 44 jam seminggu dengan tambahan masa siaran pada hujung minggu. 50 peratus dari rancangan yang disiarkan dibuat secara terus-menerus dari studio manakala sebahagian lagi adalah filem-filem sumbangan Filem Negara dan lain-lain sumber luar. Sebagai permulaan, penerimaan adalah terhad kepada penonton-penonton ibu negara dan kawasan-kawasan berhampiran. Bagaimanapun dalam tahun 1964, beberapa buah stesen pemancar telah dibina bagi membolehkan lebih ramai penonton menerima perkhidmatan ini. Tiga buah stesen pemancar yang mula-mula dibina terletak di Gunung Kledang Perak, Gunung Tampin Negeri Sembilan dan Gunung Jerai di Kedah. Beberapa stesen pemancar lagi dibina kemudian, antaranya ialah di Gunung Pulai, Johor dan Bukit Maxwell, Perak. Dalam pada itu rancangan juga dibuat untuk studio kekal di sebuah kawasan di Lembah Pantai yang dikenali kini sebagai Kompleks Angkasapuri. Dalam tempoh beberapa tahun sejak pelancarannya, TV Malaysia terus mencatat kemajuan yang pesat. Perubahan dari hitam putih kepada TV warna dalam tahun 1978 merupakan satu lagi kejayaan besar media ini di samping kemajuan kemajuan di segi tambahan masa siaran, penerbitan rancangan tempatan dan sebagainya.

Dan bila pula TV warna di lancarkan ?....jom baca......

PELANCARAN TV WARNA
Tarikh Peristiwa Pada 28.12.1978

Perkembangan di bidang penyiaran pesat berkembang di negara ini, salah satu daripada alat perantara penyiaran di negara ini ialah Televisyen. Di bawah Kementerian Penerangan usaha-usaha telah dijalankan bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat di negara ini. Salah satu perkembangan yang pesat pada bidang ini ialah pelancaran TV Warna. Majlis Pelancaran TV Warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28.12.1978. Rancangan pertama yang disiarkan dalam bentuk warna ialah program Puspawarna yang disiarkan secara langsung. Berucap semasa merasmikan Pelancaran TV Warna di Auditorium Besar Angkasapuri, Perdana Menteri Datuk Hussein Onn berharap pihak TV dapat memainkan peranan yang penting bagi menyampaikan maklumat yang tepat, terperinci serta jelas dan bertanggungjawab terutamanya untuk mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum di negara ini. Dalam masyarakat moden hari ini penyiaran terutama TV cukup penting sekali sebagai penyampai maklumat, apatah lagi yang berbentuk siaran langsung kepada rakyat. Hari ini dengan adanya stesen TV swasta limpahan maklumat semakin berkembang kepada rakyat dan ini boleh menjayakan usaha-usaha Kerajaan membentuk masyarakat yang bermaklumat.

ULASAN IBM : Selamat Membaca..!!

SUMBER : Arkib Negara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...