KUALA LUMPUR, 14 Mac – Seorang penyokong kerajaan hari ini membidas kepimpinan PAS kerana sering mempertikaikan kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang didakwa terlalu lama sedangkan perkara sama turut dilakukan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah 21 tahun menerajui Kelantan.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang juga Presiden PAS atas dakwaannya sebelum itu bahawa pemimpin kerajaan BN mahu memerintah negara “sehingga nyanyuk dan sehingga kiamat”.
Tajuddin, yang membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat hari ini, turut bertanya bila Menteri Besar Kelantan itu akan melepaskan jawatannya bagi membuktikan bahawa PAS berbeza daripada BN.
“Memang betul Islam itu untuk kemakmuran tetapi apa yang pembangkang buat? Mereka kata kita hendak perintah sampai nyanyuk, bagaimana pula di Kelantan? Bila Nik Abdul Aziz hendak letak jawatan?,” katanya.
“Memang betul Islam itu untuk kemakmuran tetapi apa yang pembangkang buat? Mereka kata kita hendak perintah sampai nyanyuk, bagaimana pula di Kelantan? Bila Nik Abdul Aziz hendak letak jawatan?,” katanya.
Tajuddin berkata pembangkang termasuk PAS juga suka menunding jari dan mencari kesalahan termasuk mempolitikkan isu agama ke atas usaha-usaha yang dijalankan kerajaan untuk rakyat.
“Saya bersetuju bahawa Islam adalah tunggak kepada kesejahteraan manusia tetapi saya kesal dengan kenyataan pembangkang yang membuat kenyataan itu (mempolitikkan isu agama) dengan niat baik tetapi tindakan mereka adalah sebaliknya.
“Tindakan PAS melaungkan undi PAS masuk syurga kepada rakyat umpamanya, ini tidak ada dalam ajaran agama Islam. Jadi saya rasa penyelewengan ini yang sebenarnya mereka (PAS) lakukan,” katanya.
Terdahulu, Abdul Hadi dalam perbahasannya mendakwa pemimpin kerajaan BN mahu memerintah negara “sehingga nyanyuk dan sehingga kiamat”.
“Apa yang berlaku dalam negara hari ini adalah pemimpin mahu perintah negara sampai nyanyuk dan sampai kiamat. Apa yang dibimbangkan adalah perpecahan dalam masyarakat kerana keadaan ini,” katanya.
TUDUHAN MELULU HAJI HADI :