Wednesday, March 2, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

02 MARCH

ASSALAMUALIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

Hari Ini Dalam Sejarah.......

KELAHIRAN Y.T.M TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ


KELAHIRAN Y. T. M. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-RAJ
Tarikh Peristiwa : 08-02-1903

Pada hari ini dalam tahun 1903, Bapa Kemerdekaan Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj telah diputerakan di Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah. Merupakan putera ke-14 kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke- 28. Bondanya adalah Cik Menjalara merupakan anak kepada seorang bangsawan Siam bernama Luang Naraborirak. Tunku telah memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Alor Setar sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Debsurin, Bangkok dan kemudiaanya di Penang Free School, Pulau Pinang. Pada tahun 1919, Tunku telah melanjutkan pelajarannya ke England dan telah menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain. Sekembali ke Tanah Melayu Tunku telah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di Kedah. Pada tahun 1951, Tunku telah dilantik sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menggantikan Dato` Onn Jaafar dan seterusnya telah dilantik untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Sesungguhnya, YTM Tunku Abdul Rahman bertanggungjawab merintis jalan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957 serta merencanakan penubuhan Negara Malaysia pada 16 September 1963. YTM Tunku telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun dan telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kedah.

PADA HARI YANG SAMA...........
Tarikh Peristiwa : 02-03-1981
PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN BARU : RUMAH BAKTI , ULU KELANG
Pada hari ini dalam tahun 1981, telah berlangsung upacara perletakan batu asas bangunan baru Rumah Bakti, Ulu Kelang. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Selangor iaitu D.Y.M.M Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj. Turut hadir di upacara tersebut ialah Raja Perempuan Selangor, Menteri Besar, Y.B. Datuk Hormat Rafei dan Menteri Perusahaan awam, Y.B. Datin Paduka Rafidah Aziz. Bangunan baru Rumah Bakti terdiri dari dua blok bangunan tiga tingkat dan dijangka siap awal tahun 1982. Bangunan tersebut boleh memuatkan sejumlah 150 orang. Langkah membina bangunan baru itu adalah untuk menggantikan dua blok asrama lama. Pembinaan itu menelan belanja lebih kurang RM 700,000.00 yang terdiri dari hasil derma sebanyak RM 350,000.00 manakala selebihnya akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Projek pembinaan tersebut membuktikan betapa kerajaan prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak yatim dan memberi perhatian terhadap perkara tersebut.

* SELAMAT MEMBACA : IKHLAS DARI - IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...