Friday, March 11, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

11 MARCH

Assalamualikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Mari kita mengimbau akan sejarah tanah Air kita, Hari Ini dalam sejarah......

PENGUMUMAN PEMBUKAAN KOMPLEKS PELANCONGAN MORIB
Tarikh Peristiwa : 11-03-1977

Industri pelancongan telah berkembang dengan pesat di negara ini. Penyediaan prasarana yang baik serta langkah-langkah promosi yang meluas telah berjaya menarik kedatangan pelancong sama ada dari dalam dan luar negara. Penyediaan prasarana yang baik dan menarik sentiasa diberi keutamaan oleh pihak kerajaan pusat dan negeri. Bagi negeri Selangor yang usaha-usaha menyediakan prasarana ini telah dijalankan sejak tahun 1970an lagi. Pada hari ini 11 Mac 1977 Pegawai Daerah Kuala Langat Encik Wan Hilal Wan Abd. Rahman mengumumkan Kompleks Pelancongan Morib yang berharga RM 2.5 juta akan dibuka pada 17 Mac oleh Sultan Selangor. Kompleks Pelancongan Morib menyediakan kemudahan-kemudahan seperti hotel, kelab golf, 50 buah gerai, sebuah rumah pesalinan, taman burung dan taman kanak-kanak. Kesemua produk ini akan dapat menarik lagi kedatangan pelancong ke Morib. Pembangunan produk pelancongan kini mengalami perubahan yang pesat dengan persekitaran yang menarik dan kemudahan asas yang selesa, kedatangan pelancong sama ada luar dan dalam negara semakin berkembang dengan pesat di negara ini. DAN DI HARI YANG SAMA DI SHAH ALAM SELANGOR....


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

PERASMIAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Tarikh Peristiwa : 11-03-1988

Pada hari ini dalam tahun 1988, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu Masjid Negeri yang baru bagi Negeri Selangor telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masjid yang dibina dengan menggabungkan seni bina tradisi Islam dan tradisi Melayu telah direka bentuk oleh arkitek terkenal Malaysia, Datuk Baharuddin Abu Kassim iaitu arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk Masjid Negara. Masjid ini didirikan di kawasan seluas 14.6 hektar terletak di pusat bandar Shah Alam, berdiri megah dengan landskapnya yang indah dengan berkedudukan di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu. Di dalam titah perasmiannya, baginda Sultan berharap agar masjid ini dapat dimakmurkan sehingga ianya dapat memancarkan nikmat ilmu, iman dan amal demi kepentingan Islam serta keagungan ummahnya. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini berkeupayaan menampung seramai 24,000 jemaah pada satu-satu masa terdiri daripada tiga tingkat. Perletakan batu asas bagi pembinaan masjid ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980 dengan kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 1 Oktober 1983. Ia telah siap sepenuhnya pada 15 Ogos 1987 dengan menelan belanja sebanyak RM160 juta ringgit.
SELAMAT MEMBACA -IBM
[SUMBER :ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...