Sunday, March 13, 2011

PR Selangor bengang dengan Umno Selangor..??

Perdana Menteri dan beberapa anggota Kabinet beramah mesra dengan seorang kanak-kanak yang turut sama dalam penerbangan membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir di KLIA.


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Rasa nak ketawa pun ada bila mengenangkan 'Pael' Pakatan Rakyat (PR) di Selangor kerana mereka seolah-olah dengki dengan apa yang Umno Selangor lakukan untuk menghantar para pelajar Malaysia untuk pulang ke Mesir. Mereka mempersoalkan sumber kewangan UMNO bagi membayai para pelajar untuk pulang ke Mesir. Jom baca cerita selanjutnya......

KUALA LUMPUR, 13 Mac Kerajaan negeri Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat punca Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) memperoleh dana, dipercayai lebih sejuta ringgit, yang digunakan sebagai wang sumbangan kepada pelajar-pelajar yang balik ke Mesir.

Pelajar-pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Ops Piramid mula balik ke negara itu sejak minggu lalu untuk meneruskan pengajian, dengan sebahagian mereka menerima sumbangan wang sagu hati.

Kerajaan-kerajaan negeri, agensi kerajaan dan parti politik juga menyumbangkan wang kepada pelajar-pelajar terbabit.

Sambil mempersoalkan kedudukan kewangan Umno Selangor, Setiasuaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, kerajaan negeri mahu SPRM menyiasat perkara tersebut jika benar suruhanjaya itu bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.

“Jangan ‘double standard’ hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata Faekah, kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan pelbagai kemudahan kepada hampir 1,200 pelajar dari Selangor termasuk membelanjakan lebih RM2 juta untuk membiayai kos menghantar pulang pelajar ini menggunakan pesawat yang ditempah khas.

“Tidak mahu ketinggalan, Umno juga mahu berjasa dalam isu ini; Yayasan Kelana Ehsan dikatakan turut menyumbangkan wang tunai RM500 kepada pelajar bagi pihak Umno.

“Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan kehairanan. Bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Kelana Ehsan mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini,” katanya lagi.

Faekah berkata perkara itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Umno Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu.

Oleh itu katanya, jika Umno Selangor berkobar-kobar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.

“Kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu,” kata beliau.

Faekah menambah, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik, malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat.

“Mutakhir, menuduh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.

“SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, pihak mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor dari mana mereka dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini.

“Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?” katanya.

MEMANG IBM RASA NAK KETAWA BERDEKAH-DEKAH. ITUPUN DEPA NAK BUAT ISU. BANYAK LAGI PERKARA YANG HARUS PR SELANGOR LAKUKAN. APA KENA MENGENA DENGAN DEPA..?...DARI MANA UMNO DAPAT SUMBER KEWANGAN, APA MEREKA SUSAH...UMNO CURI DUIT DEPA KE...?. INILAH YANG DIKATAKAN BODOH TAK BERTEMPAT - IBM

2 comments:

  1. Kah kah kah...malang betul la khalid gagap dapat setpol macam ni. UMNO buat report bersama dengan bukti jelas. Faekah, buat kecoh ni ada bukti ke?

    ReplyDelete
  2. ladybird : Salam. Si Faekah ni memang mulutnya 'Busuk'....Khalid pun sama. Mungkin tergagap dia bila UMNO menghulurkan bantuan tersebut...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...