Tuesday, March 8, 2011

PR Selangor di ambang kekalahan pada PRU-13...???

"Kita buat analisis PRK Kerdau dan Merlimau, undi yg beralih kepada BN sebenarnya bukanlah besar sangat." - Abdul Khalid

Assalamualaikum Semua.

Penganalisis politik meramalkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) di Selangor akan tersungkur di PRU ke 13 nanti. Tapi ini disangkal oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim atau dikenali sebagai Khalid 'Gagap'. Katanya, PR Selangor terus kukuh, tiada masalah kekal kuasa selepas PRU-13 nanti.

Malah, menurut Khalid, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yakin kedudukannya kukuh dan sokongan rakyat kekal berpihak kepada mereka meskipun gagal meraih kemenangan dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini termasuk di Kerdau dan Merlimau.

Sedikit tergagap-gagap, Khalid dengan konfiden berkata, di Selangor mereka nak 'test power' (buktikan pengaruh PR masih kukuh) di Perlabuhan Klang, tetapi tak jadi. Namun beliau jelaskan, kalau rakyat di sebuah kawasan itu boleh terima maklumat secara bebas, harapan PR (Selangor) tetap ada.

TETAPI WAHAI KHALID, PENGANALISIS POLITIK MERAMALKAN BN MAMPU RAMPAS KEMBALI NEGERI-NEGERI YANG DIPERINTAH PR.......


Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain merasa yakin bahawa Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya (PRU-13) sekiranya berjaya mengekalkan memontum kemenangan di pilihan raya kecil (PRK).

Kemenangan BN dalam dua PRK (Kerdau dan Merlimau) membuktikan sokongan terhadap BN semangkin meningkat. Menurutnya lagi, kebanyakan isu tempatan dan nasional didominasi oleh calon BN berbanding Pas yang tidak mempunyai isu baru yang boleh menarik pengundi di kawasan berkenaan.

Malah, BN juga dapat membuktikan apa yang mereka janjikan dapat dilaksanakan sedangkan isu yang ditimbulkan parti pembangkang tidak diterima oleh rakyat kerana rakyat lebih melihat kepada jaminan masa depan mereka. Kejayaan BN pada kedua-kedua PRK tersebut adalah berdasarkan beberapa faktor, termasuk jentera pilihan raya BN yang mantap selain pemilihan calon yang betul.

Katanya lagi, Isu yang dibawa ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi impak negatif kepada pembangkang. Rakyat sudah muak dengan isu Anwar. Dalam waktu yang sama Pas hanya diberi tanggungjawab untuk berdepan dengan BN kerana calon DAP tidak relevan keranamajoriti penduduk di kawasan itu Melayu, katanya.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...