Saturday, March 12, 2011

Anwar usah cakap besar ambil alih Sarawak, apa jadi impian 16 September 2008?

Anwar : " Najib, dah sampai ketikanya Sarawak akan jatuh ke tangan PR, belive me."

Najib : " Jangan berangan le ko Nuar, apa jadi 16 September 2008?..dan jgn lupa Sg Buloh menanti ko."

[SUMBER BERITA : UMNOLINE]

SARIKEI Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya bercakap besar tentang keinginannya untuk mengambil alih Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang.

Menyifatkan Anwar sebagai telah hilang kewibawaan selaku seorang pemimpin, Awang Tengah berkata ‘impian Sept 16, 2008′ Anwar untuk mengambil alih Putrajaya juga telah gagal.

“Jadi dia tidak sepatutnya cakap besar sekarang,” katanya sebelum menyerahkan pampasan tanah berjumlah RM3.1 juta kepada lebih 200 pemilik tanah di Tanjung Manis, dekat sini hari ini.

Awang Tengah berkata malah wakil rakyat daripada PKR turut beramai-ramai meninggalkan parti itu.

Sebagai tambahan, banyak anggota pengasas dan anggota biasa PKR yang turut berbuat demikian, kata Awang Tengah.

Beliau memberi amaran kepada rakyat agar sentiasa berwaspada terhadap percubaan untuk memujuk mereka menyertai parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung seperti PKR, Pas atau DAP.

“Mereka akan datang untuk memanipulasi anda demi memenuhi kepentingan mereka.

“Dalam usaha berbuat demikian, mereka akan menyemai perasaan benci dalam kalangan kaum yang berlainan, menghasut anda supaya bermusuhan terhadap satu sama lain, terhadap kerajaan dan pada akhirnya anda dan negeri ini yang akan rugi,” katanya.

Sebaliknya, kata beliau, gaya kepimpinan BN adalah berlainan.

“BN sejak dari mula lagi memberi tumpuan kepada membawa pembangunan, kemajuan, kemakmuran, perpaduan dan kestabilan politik.

“Ia turut memberi tumpuan kepada membasmi kemiskinan luar bandar. Ia mungkin mempunyai kelemahan tetapi sedang dalam proses menambahbaik menerusi inisiatif seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi, Bidang Keberhasilan Utama Negara dan sebagainya,” katanya.


Huhuhu......BERANGANLAH NAMPAKNYA SI NUAR NI. KITA IBATARKAN SI NUAR NI MIMPI DISIANG HARI, ANGAN-ANGAN MAT JENING DAN SEPERTI PUNGUK MERINDUKAN BULAN. DIA TAK SEDAR KE YANG 'ROAD TO SG BULOH' KIAN MENGHAMPIRI BELIAU. - IBM


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...