Friday, March 25, 2011

Buku 'JINGGA' tidak laku di Sarawak

BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

MENJELANG PRN SARAWAK.......

PUTRAJAYA,Buku Jingga “karangan” pakatan pembangkang bukan untuk rakyat Sarawak kerana ia tidak sesuai dengan kehendak dan citarasa rakyat negeri itu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Untuk bawa ke Sarawak sudah agak terlewat di mana ia seperti tiada kaitan langsung,” kata Menteri Dalam Negeri itu kepada media ketika ditanya penerimaan Buku Jingga itu di Sarawak.

“Kita di dalam kerajaan telah pun melihat kepada isu-isu yang dibangkitkan seperti hak milik tanah, pembangunan luar bandar juga keperluan asas elektrik dan air. Ini semua telah kita laksanakan dan bukan semata-mata janji,” katanya.

Katanya Buku Jingga ini menunjukkan perbezaan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) di mana mereka melakukan sesuatu kerana mengambil kesempatan suasana pilihanraya.

Pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam pakatan itu dikeluarkan pada Disember lalu dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.

“Kita konsisten dalam tindakan kita dari dulu lagi khususnya dalam memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak. Ia bukan kerana ada pilihan raya tetapi kerana di sana ramai memerlukan pembelaan,” katanya.

“Saya mahu ingatkan mereka yang buat janji di dalam Buku Jingga bahawa janji mereka sebelum pilihan raya dulu dalam negeri yang mereka perintah kini masih lagi belum mereka tunaikan.”

“Ini lagi mahu buat janji baru,” kata Hishammuddin yang ditemui selepas Penerimaan Petisyen Berkaitan Ratifikasi “Protokol Pilihan kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak, penjualan kanak-kanak, pelacuran dan pornografi kanak-kanak”, di sini hari ini.

Hishammuddin turut meminta orang ramai agar meneliti sedalam-dalamnya janji-janji yang dibuat di dalam Buku Jingga itu dan “tengoklah siapa yang sebenarnya telah mengotakan apa yang dijanjikan.”

KITA IBARATKAN BUKU 'JINGGA' PAKATAN RAKYAT INI SEBAGAI SEBUAH KOMIK CERITA DONGENG DI ZAMAN DULU-DULU. SESUAI DIBACA OLEH KANAK-KANAK SEKOLAH. HEHEHEHEHE - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...