Friday, March 4, 2011

Gempar !! Bapa Saudara Yuhaizad, ahli Pas Bukit Katil pertikai calon Pas

[Sanggup menipu Bapa saudara sendiri]

ASSALAMUALAIKUM.

TERKINI DARI MERLIMAU.[SUMBER DARI : UMNOLINE]

JASIN, 4 Mac – Nampaknya calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah serba tempang dan malang.

Selain didakwa menipu kelulusan akademiknya selain rekod kerja yang buruk di sebuah kilang serta tidak mendapat sokongan keluarganya yang rata-rata menyokong Barisan Nasional (BN) kini beliau berdepan dengan satu lagi isu baru yang lebih menggemparkan.

Calon Pas itu kali ini berdepan pula dengan serangan daripada bapa saudara tirinya pula, Ahmad Ismail.

Hari ini Ahmad, 63, sudah mula melancarkan kempen mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan Pas yang memilih Yuhaizad sebagai calon di kawasan DUN Merlimau ini.

Bapa saudara calon Pas ini bukanlah calang-calang orang. Beliau ialah bekas Setiausaha Pas Kawasan Bukit Katil dan beliau sehingga kini masih lagi ahli Pas.

Serangan ini gara-gara masalah kewangan yang terjadi sewaktu Ahmad, Yuhaizad dan abangnya terlibat dalam satu perniagaan ladang getah di Bukit Beruntung, Selangor kira-kira tiga empat tahun lepas.

“Dia tuduh saya tidak membayar balik wang Bank Rakyat yang diberikannya pada saya untuk perniagaan ini sedangkan saya sudah pun membuat pembayaran ke dalam akaunnya, resit-resit semuanya ada sebagai bukti.

“Saya difitnah hingga dipinggirkan di dalam keluarga, orang macam ni tak layak jadi wakil Pas, apatah lagi hendak jadi wakil rakyat,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau juga kesal calon Pas, Yuhaizad sanggup tidak mengaku bahawa beliau adalah bapa saudaranya hanya kerana untuk menutup malu apabila masalah ini berlaku.

Malah beliau turut kecewa apabila mereka menuduhnya melakuka pembohongan.

“Saya ada cukup bukti…resit-resit pembayaran. Malah orang Pas juga tahu kebenaran perkara ini, mereka ada datang bertemu saya”, ujarnya.

Justeru beliau berharap pengundi di Merlimau agar menolak calon Pas yang disifatkan sebagai tidak layak untuk menjadi wakil rakyat.

“Kalau saya sebagai bapa saudaranya pun dia sanggup berbuat begitu apatah lagi kepada rakyat.

“Saya juga beri amaran kepada Pas agar jangan mencabar saya…. Kalau saya dedahkan banyak perkara Pas di Melaka ini boleh lingkup,” katanya.

Beliau juga bersedia mendedahkan banyak lagi penipuan yang dilakukan bukan saja Pas terhadap dirinya malah rakan pakatan pembangkang PKR.

“Tunggulah masa saya akan dedahkan satu persatu”, ujarnya. -MediaUMNO


* KANTOI, MEMANG KANTOI CALON PAS NI. IBARAT SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA. BAYANGKAN KALAU BAPA SAUDARA YANG SERUMPUN (AHLI PAS) TIDAK MEMPERCAYAI CALON PAS INI, BAGAIMANA ORANG RAMAI (Para Pegundi) NAK PERCAYA. APATAH LAGI NAK JADI WAKIL RAKYAT. KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI MERLIMAU, FIKIR-FIKIRKANLAH DAN BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK. IKHLAS DARI : IBM

2 comments:

  1. Ha ha ha...memang gila la diaorang ni....
    Melingkop.....hamPashit...

    Kalah besau la korang kat Merlimau & Kerdau...

    Hidup UMNO !

    ReplyDelete
  2. Pemuda TG : Salam perjuangan. Insyallah, HamPashit ni akan kalah teruk kat Merlimau dan Kerdau. Mari kita sama-sama berdoa akan kejayaan UMNO/BN......Hidup UMNO !......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...