Friday, March 18, 2011

Panas !!! Ummi naik angin....

ASSALAMUALAIKUM.

Saman menyaman ni dah jadi trend di Malaysia. Bukan sikit pulak tu,beratus-ratus juta. Kaya le kalau menang kes. Jom kita baca kes saman Ummi pulak....



Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda danMalaysiakini.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakinipada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

NONE
Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakinidaripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk SeriAnwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.

Untuk cerita selanjutnya KLIK disini.

Kepada Ummi, IBM beri perangsang dan semangat. Teruskan saman tu, saman jangan tak saman. mereka ni dah melampau. Sama-sama kita berdoa agar ummi menang kes samannya ini. Amin. Ikhlas : IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...