Wednesday, March 2, 2011

Undi Pas untuk perubahan, satu pembohongan

Segala apa yang di janjikan oleh mereka(PAS) adalah bohong sama sekali - RAZALI

Terkini Dari KERDAU : [Sumber Dari : Umnonline]

ASSALAMUALIKUM.

KUALA KRAU 2 Mac – Pengundi Kerdau disaran tidak terpengaruh dan tertipu dengan kempen pembangkang yang merayu para pengundi memberikan kemenangan kepada mereka kononnya untuk membawa suara rakyat ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim berkata itu merupakan satu pembohongan yang nyata dan jelas kerana mereka tidak mampu untuk melaksanakan sepertimana yang dicanang dan diwar-warkan.

Soal beliau apa yang boleh dilaksanakan jika mereka hanya sekadar memenangi satu kerusi kerana negeri yang diperintah oleh parti pembangkang seperti Selangor, Kedah serta beberapa negeri lain dibawah kuasa mereka tidak menampakkan apa-apa kemajuan.

“Apa sangat satu kerusi boleh buat sesuah rakyat Selangor memberikan satu kerajaan kepada mereka pun gagal, member kerajaan di Kedah dan Pulau Pinang pun mereka gagal, saya tidak percaya satu kerusi boleh membuat perubahan kepada Kerdau.

“Yang mereka mahukan adalah kemenangan dalam pilihan raya kecil yang mungkin terakhir sebelum pilihgan raya umum. Jadi mereka nak katakan nanti rakyat kembali bersama mereka. Itu sebenarnya yang mereka mahukan dan rakyat khususnya pegundi saya minta jangan tertipu dengan pujuk rayu kononnya dengan memberi kemenangan di Kerdau , mereka akan membuat perubahan besar,” katanya.

Kata beliau lagi jika pembangkang menang dikhuatiri akan tercicir penduduk dan pengundi di kawasan ini.

“Jadi ini yang saya takut. Namun saya penuh yakin dan percaya pengundi sudah bijak dan matang untuk membuat penilaian dan pembangkang nampak sangat terdesak untuk menunjukkan bahawa rakyat masih bersama mereka,” katanya.


KALAU DAH KAKI PEMBOHONG TU, PEMBOHONG JUGAKLAH PAS NI. TAK HABIS-HABIS NAK BERBOHONG. KATA PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM, TAPI MEREKA TERUS BERBOHONG DAN MENIPU RAKYAAT. INIKAH PARTI YANG HARUS DISOKONG DAN DITERIMA RAKYAT??....FIKIR-FIKIRKAN - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...