Thursday, March 31, 2011

Nik Aziz Ibarat Quran buruk - Zam

Assalamualaikum semua.

Buruk benar rupa TGNA ni bila dia menyimpan 'dendam' terhadap sesuatu komen mengenai diri beliau kerana selalu mengeluarkan 'Fatwa' dan kenyataannya yang mengelirukan rakyat. IBM setuju dengan pendapat bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang Nik Aziz di ibaratkan..........

[Sumber : MediaUMNO]

KUALA LUMPUR,Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas diibaratkan seperti ‘Quran buruk’ kepada rakyat Kelantan yang sudah tidak boleh dibaca lagi tetapi tetap disimpan sebagai bahan yang tidak boleh dibuang, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zanuddin Maidin.

Jelasnya, apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan berasa malu terhadap pemimpin-pemimpin Melayu ekoran penayangan video aksi seks yang dikatakan pemimpin pembangkang sebenarnya adalah sesautu yang dianggap mengelirukan.

“Saya hanya nak minta jawapan secara ikhlas dan boleh meyakinkan pengikut-pengikutnya dan orang awam juga, kenapa Nik Aziz tidak membuat kenyataan yang sama seperti ini apabila seorang penceramah Pas iaitu Allahyarham Bunyamin Yaacob yang pernah mendakwa Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir menonton filem lucah bersama cucunyasecara terbuka,” soalnya.

Beliau yang lebih dikebali sebagai Zam berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama UMNO-Online ekoran Nik Aziz menganggap bahawa tindakan menayangkan video aksi seks terbabit sebagai tidak bermoral dan berasa dia seolah-olah berada di negara lain.

Katanya, beliau mahukan penjelasan kerana Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan ketika para pemimpin Pas sendiri yang membuat tuduhan tiada apa-apa kenyataan dibuat.

“Hal berkaitan Bunyamin ini telah didedahkan dalam media ketika itu dan Nik Aziz tidak mengatakan apa-apa, tidak mengutuk dan tidak menyatakan bahawa inilah sesuatu perbuatan yang memalukan umat Islam, memalukan bangsa Melayu sedangkan tuduhan Bunyamin ini langsung tidak ada asasnya apatah lagi untuk dipercayai secara logik akal,” tegasnya.

Ujarnya lagi, persoalannya kenapa Nik Aziz mempunyai pemikiran yang berlainan sekali dalam soal ini dan nampak dengan jelas bahawa dirinya dikongkong oleh sentimen politiknya semata-mata.

“Apa yang sewajarnya, kedudukan Nik Aziz sebagai seorang ulama yang seharusnya ikhlas,adil dan tidak membohongi masyarakat khususnya orang Islam terhadap sesuatu yang benar. Inilah yang saya rasa amat perlu dijawab oleh Nik Aziz.

“Kalau sekiranya Nik Aziz tidak dapat memberikan jawapan yang jelas dalam soal ini saya harap Nik Aziz tidak akan merasa tersinggung apabila beliau dianggap sebagai ulama politik yang hanya pandai memutarbelit keadaan sebenar untuk kepentingan parti sahaja.

Zam yang juga penyandang Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) akui bahawa sememangnya Nik Aziz mempunyai kekuatan dalam mengelirukan masyarakat sebagai seorang yang banyak membuat fatwa-fatwa yang boleh menimbulkan salah faham kepada umat Islam.

“Umpamanya Nik Aziz pernah menyatakan bahawa orang-orang yang menuduhnya harus menjawab kepadanya di akhirat seolah-olah dia orang benar dan banyak lagi, malah dia pernah menyatakan bahawa saya ini budak celaka. Saya terkejut bagaimana dia sebagai seorang ulama boleh berkata demikian.”

Tambahnya lagi, kebiasaannya apa juga yang dikatakan oleh Nik Aziz akan mudah dipercayai lantaran sikapnya yang meyakinkan orang kerana bijak bermain retorik.

“Nik Aziz tidak menukarkan imejnya dari sejak dia jadi anggota Dewan Rakyat pada tahun 1963 hingga sekarang dari segi pemakaian dan mengajar agama sedangkan orang lain bertukar. Ini adalah sesuatu kekebalannya tetapi disebaliknya pelbagai pembohongan dengan perkara yang tidak logik dan fatwa-fatwa yang tidak betul telah dikeluarkan.

“Pemimpin Pas ini tidak sedar bahawa segala sebutan mereka itu telah mendedahkan imej mereka sendiri dan ini jelas apabila kita nampak ketakutan mereka malahan video-video caci maki mereka terhadap pemimpin kerajaan juga hilang dari pasaran ketika itu apabila pendedahan secara meluas dibuat oleh media,” katanya.

Terangnya lagi, ini secara tidak langsung telah membetulkan akhlak mereka ketika itu kerana apa yang mereka katakan dulu, mereka tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang, apatah lagi sikap mereka yang berubah-ubah.

“Mereka ini bukanlah ulama sezaman tetapi ulama-ulama kuno yang kolot dan ketinggalan zaman,” tegasnya lagi.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...