Wednesday, March 16, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

16 MARCH
Assalamualaikum,
Maaf lambat mempaparkan
Hari Ini Dalam Sejarah....
Parti komunis Malaya

PENDUDUK LEMBAH BELUM DI PERAK DIPINDAHKAN
Tarikh Peristiwa : 16-03-1952

Kegiatan dan ancaman pengganas komunis ke atas orang-orang awam sepanjang tempoh Darurat 1948-1960 memang telah diketahui umum. Pada hari ini 16.3.1952. Kerajaan telah melancarkan operasi besar-besaran dengan memindahkan penduduk Lembah Belum ke Ulu Perak ke Grik bagi memutuskan bekalan makanan kepada anggota pengganas Komunis. Selama setahun penduduk di sebelas buah kampung di Lembah Belum telah dikuasai oleh pengganas. Penduduk-penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan berkenaan tanpa kebenaran dari pihak pengganas dan hubungan dengan kawasan Grik dan Kelantan dihalang kerana dikhuatiri mereka akan melaporkan kegiatan pengganas kepada pihak keselamatan. Penduduk hanya dibenarkan ke Harlah iaitu sebuah kawasana di Sempadan Siam bagi mendapatkan bekalan dan pakaian. Anggota pengganas telah mengenakan sistem cukai padi bagi keperluan bekalan anggota mereka. Penduduk juga dipaksa membuka dan menanam padi huma dengan lebih luas bagi meningkatkan bekalan. Bekalan yang didapatkan itu dianggarkan boleh menampung sehingga 400 anggota pengganas. Apabila pihak Kerajaan mengetahui kedudukan ini tindakan memindahkan penduduk kampung dilakukan. Penduduk yang dipindahkan akan diberikan kawasan kediaman yang baru dan ganti rugi bagi tanaman dan ternakan juga diberikan. Tindakan memindah penduduk bagi tujuan memutuskan bekalan itu merupakan jalan terbaik yang dapat dilakukan oleh Kerajaan. Dengan itu usaha memburu dan membunuh anggota pengganas dapat dilakukan dengan lebih berkesan tanpa perlu memberikan perlindungan kepada penduduk kampung ataupun menambah kekuatan anggota di kawasan yang jauh terasing dari dunia luar itu. DAN SETERUSNYA DIHARI YANG SAMA....



SEKOLAH LATIHAN KEMAHIRAN MARA PERTAMA DIRASMIKAN
Tarikh Peristiwa : 16-03-1969
Pada hari ini dalam tahun 1969, Sekolah Latehan Kemahiran MARA telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Abdul Razak bin Hussien. Sekolah latihan Mara yang pertama di Malaysia ini dibina bertujuan untuk meninggikan mutu kemahiran dan mempelajari teknik-teknik baru dalam bidang perusahaan dan perdagangan. Terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka dengan keluasan lima ekar, sekolah ini menyediakan dua kursus iaitu Kursus Kajisawat Motor dan Kursus Mekanikal. Selaras dengan perkembangan semasa, beberapa kursus tambahan telah dimasukkan di Pusat Latihan ini iaitu Lukisan Jentera (1972) dan Kursus Ketuj dan Cat Kereta (1975). Bagi menampung pelajar yang semakin ramai, pada Januari 1984 sekolah ini telah dipindahkan ke Kg. Simpang Kerayong Jasin, Melaka. Kini, namanya juga telah bertukar kepada Institut Kemahiran MARA Melaka dengan menyediakan sepuluh kursus kemahiran untuk kaum bumiputera. Sesungguhnya, langkah penubuhan institute latihan ini merupakan antara usaha awal yang diambil oleh kerajaan selepas kemerdekaan bagi menyediakan kemahiran memperlengkapkan penyertaan orang Melayu dalam bidang teknikal sebagai majikan atau pekerja bumiputera. Sesungguhnya sejak ditubuhkan Institut Kemahiran MARA telah menjadi pamangkin kepada banyak Institut lathan yang lain di seluruh Negara terutama dalam menyediakan tenaga kerja mahir dalam Negara yang merdeka ini.

SELAMAT MEMBACA - IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

2 comments:

  1. T.Kasih kerana highlightkan sejarah lembah Belum
    Sila ke laman web

    http://www.belumbaru.kkgri.edu.my/

    ReplyDelete
  2. zahari1950 : Salam. Sama-sama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...