Friday, April 13, 2012

Bendera BN Disekitar KTM Selangor, DPPM Tak Puas Hati!!...

'MISI TAWAN KEMBALI NEGERI SELANGOR'
Warna Biru Bendera BN Jadi Isu..Antara Sebab Kenapa Pakatan Rakyat Mesti Dihalau Dari Negeri Selangor.........

EKORAN daripada laporan dari Malaysiakini, bahawa KTM membenarkan bendera biru Barisan Nasional (BN) dipasang di kesemua 28 stesen Komuter KTM di seluruh negeri Selangor. Ini membuat Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) menyuarakan ketidak puasan hati mereka. 

Warna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi membuat mata pembangkang sakit. Bayangkan apabila anda semua ke stesen-stesen KTM di seluruh Selangor dapati ianya seolah-olah seperti 'gelombang air laut' yang berwarna biru. Biru di mana-mana.

Apatah lagi apabila  pengerusinya Datuk Seri Ir  Mohamed Zin dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj. 
Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam. Eh..eh..eh..betul ke ni?

Menurut sumber terdekat, pegawai KTMB juga diminta memastikan bendera itu digantung ditempat sesuai, mesti kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen dan kereta api. Manakala Polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat. Dari siapa?..tentu le dari penyangak pembangkang.

Malaysiakini, cuba masuk jarum, jadi 'batu api'. Biasalah. siapa tak kenal dengan akhbar ini, penfitnah tersohor. Akhbar tersebut cuba memutar belitkan cerita dan cuba nak mencari salah Datuk Seri Ir Mohamed Zin yang kononnya beliaulah yang memberi arahan kepada KTM supaya memasang bendera biru BN di seluruh stesen KTM di negeri Selangor. Dah dijangaka, ianya pasti berlaku.

Disebab itulah DPPM melenting, dan menyuarakan ketidak puasan hati dan bimbang orang ramai tidak akan menggunakan khidmat KTM lagi kerana mereka benci dan marah pada Barisan Nasional (BN). Hehehe...cerita katun dari DPPM. Baca cerita selanjutnya dari DPPM. Tak puas hati konon. KLIK DISINI. Apapun, mengikut kata  Datuk Seri Ir Mohammed Zin, beliau tidak ingat samada beliau ada mengarahkannya atau menulis surat diatas perkara tersebut.

Kalau adapun, apa salahnya. KTM dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan pusat, bukan kerajaan Selangor dan ianya untuk semua rakyat. Cerita dari DPPM tu, hanyalah cerita 'karut', cerita yang tak masuk diakal. Apa betul semua penguna-penguna KTM bencikan kerajaan BN?..buktikan, jangan pandai cakap je. Malaysiakini, jangan nak PERANGKATKAN lagi isu ini. IBM yakin, tiada bantahan dari rakyat. Dan, ianya tidak menganggu dan menyusahkan rakyat. Isu lapuk dari DPPM, kehabisan modal. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...