Thursday, April 12, 2012

Isu Sampah : Khalid Gagap@Khalid Sampah Penipu Besar!!!

"MISI TAWAN KEMBALI NEGERI SELANGOR'
Antara Sebab Kenapa Pakatan Rakyat Mesti Dihalau Dari Negeri Selangor.....



Khalid Ibrahim akhirnya mengakui, semenjak Alam Flora Sdn. Bhd. berjaya disingkirkan daripada memberikan khidmat kepada rakyat dan penduduk Selangor, kerajaan negeri pimpinannya tidak mampu mengatasi masalah sampah yang semakin meruncing dan semakin komplikated. 
Ternyata, daripada kenyataan yang dibuatnya itu, Khalid Ibrahim adalah seorang pendusta besar!
Katanya, selepas penamatan khidmat Alam Flora Sdn. Bhd. kerajaannya hanya menerima 200 aduan daripada penduduk seluruh Selangor. Dan selepas pelbagai rancangan yang diatur untuk mengembungkan kocek kroni dan membalas budi para pemimpin Pakatan setempat dengan kontrak sampah dan pembersihan sungguhpun pada masa yang sama, mereka adalah pekerja Mr.Mok-Muhibah, hanya tujuh aduan yang masih berbaki.
Pembohong besar!
Masalah sampah di Selangor terus meruncing. Kalau benar bagaikan yang dikata oleh Khalid Ibrahim iaitu cuma ada tujuh aduan sahaja sekarang ini, sudah pasti di sana sini di seluruh Selangor, tidak ada lagi cerita tentang sampah. Sudah tentulah, tiada lagi banjir kilat yang melanda akibat sampah yang menyumbat longkang dan saliran yang terjaga rapi.
Tetapi Khalid berbohong tentang hal itu.
Paling menarik ialah apabila Khalid Ibrahim dengan kembang hidung dan busung dada memberitahu, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM500,000 sehingga RM1 juta kepada PBT di seluruh Selangor untuk membaiki jalanraya!
Selangor sebenarnya menerima peruntukan menyelenggara dan membaiki jalanraya dari Kerajaan Pusat bernilai lebih RM400 juta. Perkataan Khalid kononnya, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan antara RM500 ribu sehingga RM1 juta kepada PBT sebenarnya adalah meletakkan nama sendiri untuk duit yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat.
Selain sampah, masalah yang tidak kurang teruknya di Selangor adalah jalanraya. Keadaan jalanraya di seluruh Selangor, terlalu amat daif. Berbanding dengan Sabah, keadaan jalanraya di Selangor semenjak Pakatan Rakyat memerintah, tidak ubah seperti jalanraya ketika Perang Dunia Kedua.
Kalau keadaan jalanraya di bandar-bandar utama di seluruh Selangor teruk, keadaan lebih teruk lagi di kawasan-kawasan luar bandar. Untuk menutup masalah tersebut, kerajaan Khalid Ibrahim melakukan penurapan senipis dan sependek mungkin. Malah ada sesetengah jalanraya, seperti yang terdapat di Pandan Indah, hanya bahagian berlopak dan berlubang sahaja ditampal, manakala bahagian yang sudah mendap, dibiarkan begitu sahaja.
Di Ijok, iaitu kawasan Khalid sendiri, keadaan jalanrayanya terlalu amat daif. Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Selangor menerusi MARRIS tidak digunakan sepenuhnya untuk jalanraya, sebaliknya sebahagian besarnya telah dicuri oleh Pakatan Rakyat untuk membiayai kos pentadbiran negeri yang bukan sahaja korup tetapi juga membazir. Malah wang peruntukan Pusat untuk penyelenggaraan dan pembaikian jalanraya di seluruh Selangor itu juga digunakan oleh Khalid Ibrahim untuk aktiviti Pakatan Rakyat, termasuklah peruntukan RM25 juta untuk penguasaan media sosial oleh para pecacai Pakatan Rakyat.
Mengapa agaknya Khalid tidak berani beritahu yang setiap PBT di seluruh Selangor menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat untuk sampah dan pembersihan? Berbelas juta ringgit sebulan peruntukan yang diterima, mengapa Khalid menyatakan kononnya, PBT menerima geran dari Kerajaan Negeri?
Boleh jadi Khalid memberitahu para pecacai Pakatan Rakyat kerana hanya golongan yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja yang akan mudah percaya dengan kata-katanya dan menolak fakta bahawa semua PBT di Malaysia ini menerima peruntukan untuk pembersihan dan sampah selain setiap negeri menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk jalanraya dan prasarana lain.
Dik kerana itulah, walaupun mengaku yang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal menangani masalah sampah, Khalid Ibrahim terus berbohong tentang peruntukan yang diterima dari Kerajaan Persekutuan untuk tujuan berkenaan. Kalau perkara itu pun, Khalid Ibrahim tidak mampu bercakap benar, bayangkanlah pula bagaimana Khalid Ibrahim berbohong besar tentang duit yang ada dalam akaun Selangor!!!
p/s : IBM Kata, "Kesimpulannya, kerajaan Pakatan rakyat (PR) Selangor dibawah si Khalid gagap, memang gagal. Bukan sahaja gagal, malah menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat. Malanglah nasib rakyat Selangor sekiranya kerajaan penipu rakyat ini masih menguasi Selangor dan masalah sampah tidak akan habis. Selangor akan kekal bergelar 'negeri sampah'. Oleh itu, misi tawan kembali Selangor harus diteruskan dan pastikan berjaya."
SUMBER BERITA : SELANGOR DAILY.COM ~ TERIMA KASIH
DAN TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...