Wednesday, April 4, 2012

'Tiga Tahun Yang Menarik Dan Mencabar' - Najib...


Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor ketika beliau menerima kejutan daripada urusetia Malaysia di Kemboja sempena ulang tahun ke-3 pentabiran beliau di Phnom Penh, malam tadi. Turut meraikan Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz. 



Datuk Seri Najib Tun Razak yang genap tiga tahun menjadi Perdana Menteri hari ini menyifatkan tempoh pentadbirannya itu sebagai menarik dan mencabar.

Mengambil teraju kepimpinan negara dalam keadaan yang penuh cabaran kesan daripada tsunami politik pada 2008, beliau bersyukur kerana berjaya melaluinya di sebalik pelbagai pandangan sinis dan tanggapan skeptikal terhadap apa jua yang kerajaan umumkan sebelum ini.

Oleh itu, IBM menyeru kepada semua rakyat supaya memberi mandat kepada DS Najib untuk terus menerajui negara dan kekalkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti. Kenapa harus ditukar kepada kerajaan lain, sedangkan kredibiliti mereka diragui dan mereka-mereka semua itu hanya tahu berjanji? tapi tidak di tunaikan.

Nasib negara dan diri anda sendiri ditangan anda semua. Berfikirlah sebelum membuat keputusan, jangan terburu-buru dan ikut kata hati dan nafsu. Buatlah keputusan yang bijak dan nilaikanlah apa yang kerajaan sekarang buat. Terbukti, negara maju, rakyat terbela dan hidup aman damai dibawah payung BN. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...