Saturday, April 7, 2012

Tumpukan Persiapan Pilihanraya Di Mesyuarat Cawangan - TPM



TIMBALAN Presiden UMNO,  Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua mesyuarat UMNO di peringkat cawangan supaya menumpukan kepada soal persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan tempoh masa yang semakin singkat menjelang pilihan raya umum ke-13, perkara itu mesti menjadi keutamaan dalam setiap perbahasan yang dilakukan.
“Saya mohon dalam tempoh yang ada sekarang perbincangan dan perbahasan peringkat cawangan mesti ditumpukan kepada cara macam mana kita nak menang, macam mana cara peti undi yang kita jaga mampu memperoleh undi jauh lebih baik daripada undi pada 2008.
“Jangan bincang soal lain, jangan bincang soal parit dan jabatan kerana perkara-perkara ini memang selalu kita buat. Kalau kita minta pun kita akan bagi nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan, Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO bahagian Pagoh di sini, hari ini.
Majlis turut dihadiri isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pagoh, Datuk Mohd Tahir Taat.
Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh meminta supaya setiap cawangan menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi mengelakkan ia menjejaskan tumpuan menghadapi PRU ke-13.
Beliau berkata, situasi pilihan raya umum kali ini jauh berbeza dengan pilihan raya yang telah dilalui sebelum ini.
“Ingat, senario yang dihadapi dalam PRU kali ini jauh berbeza dari dulu dan jauh lebih getir.
Katanya situasi kali ini tidak seperti dahulu kerana fitnah menjadi mainan parti pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan sedangkan mereka sendiri mempunyai banyak masalah, katanya.
Katanya cabaran sekarang juga berbeza dengan wujudnya pelbagai teknologi maklumat baru yang turut digunakan oleh pembangkang untuk menyebarkan fitnah yang boleh mempengaruhi rakyat jika tidak diberi perhatian.
Ini termasuk fitnah tentang kenaikan harga barangan sedangkan kerajaan telah menyediakan pelbagai program untuk membantu meringankan beban rakyat seperti subsidi minyak, gula dan kedai runcit 1Malaysia .
Sehubungan itu, katanya, semua cawangan dan sayap parti perlu melakukan gerak kerja yang lebih rapi terutama dalam mendekati pengundi.
Dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan selama ini, beliau mengharapkan UMNO dan Barisan Nasional mampu meraih keputusan jauh lebih baik berbanding PRU yang lepas.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 seorang kepada 120 orang balu dan pesara polis di kawasan Parlimen Pagoh.
p/s : IBM Kata, "Setuju dengan apa yang disarankan oleh Tan Sri Muhyiddin itu. Kita fokus kepada perbincangan bagi persiapan menghadapi PRU ke-13 nanti. Memang kita akui, PRU kali ini adalah yang tersengit jika dibandingkan dengan PRU yang lepas-lepas. Maka, sudah wajarlah setiap cawangan dapat membicangkan atau membahas akan persiapan di setiap cawangan. Jangan ambik mudah, sentiasalah bersedia, insyallah kita akan menang."
SUMBER BERITA : UMNOLINE.COM ~ TERIMA KASIH
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...