Monday, April 23, 2012

'TIBAI' Akan Tibai Anwar Sampai Ke Lubang Cacing..



MALAM semalam dianggarkan lebih 3,000 orang menghadiri pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di sini semalam, yang dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Kelab tersebut ditubuhkan bekas-bekas pemimpin dan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi menyedarkan rakyat supaya menolak Anwar kerana Ketua Pembangkang itu bertanggungjawab dalam mencetuskan pelbagai masalah kepada negara termasuk soal keselamatan.

Ia diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip sebagai Mursyidul Am TIBAI manakala seramai 28 bekas pemimpin parti itu dilantik ahli majlis syura dan mereka akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri dihalang.




Mereka yang dijemput menyampaikan ceramah sempena pelancaran tersebut ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad; bekas pengasas PKR, Ng Yum Yong; bekas Exco Angkatan Muda PKR, Ghani Haron dan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.

Ketika berucap di majlis berkenaan, Ibrahim berkata, rakyat negara ini wajib menolak dan menggagalkan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu bukan sahaja menghadapi masalah moral yang kronik tetapi semakin jauh tersesat dalam perjuangannya.

Kata beliau, Anwar juga mendokong fahaman pluralisme agama selain menyokong keselamatan Israel.




"Saya mengenali Anwar sejak tahun 70-an sewaktu kami sama-sama menjadi pemimpin pelajar, dahulu beliau idola semua orang termasuk saya kerana ketegasan memperjuangkan agama Islam. Saya sayang dan menghormati Anwar sehingga sanggup dipenjara kerana beliau.

"Namun selepas ditunjukkan dengan segala bukti sahih, saya akhirnya sedar Anwar tidak layak memimpin negara, Anwar bukan lagi pemimpin yang kami kenal semasa era 70-an, dia sudah jauh berubah dan pada saya, Anwar sudah jauh tersesat daripada perjuangan sebenar," katanya

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, rakyat perlu berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat keputusan tepat memecat Anwar, kerana kini terbukti segala dakwaan yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu adalah benar.



Dalam pada itu, Ibrahim berkata, rakyat perlu berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat keputusan tepat memecat Anwar, kerana kini terbukti segala dakwaan yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu adalah benar.

Menurutnya, jika Dr. Mahathir tidak memecat Anwar pada tahun 1998 dan sekarang negara ditadbir oleh beliau, Malaysia mungkin menerima nasib serupa sebagaimana dialami beberapa negara Arab yang kini musnah satu persatu akibat percaturan politik golongan Yahudi.

"Dakwaan pemecatannya itu satu konspirasi tidak berasas, orang yang membawa masuk dan menaikkan Anwar adalah Dr. Mahathir, beliau merupakan pemimpin kesayangan Dr. Mahathir pada ketika itu tetapi pemecatan terpaksa dibuat kerana Anwar dikaitkan dengan masalah moral," katanya.

p/s : IBM KATA, " Kesimpulanya pelancaran Kelab TIBAI berjaya. IBM pun bersama pada malam itu. Amat meriah dan bersemangat sungguh para hadiran yang datang pada malam itu. TIBAI berikrar akan menjejaki Anwar sampai ke lubang cacing dan akan menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri.  Jom kita TIBAI Anwar."

"TIBAI TIBAI..TIBAI ANWAR"
"TIBAI TIBAI..TIBAI ANWAR"
"TIBAI TIBAI..TIBAI ANWAR"

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...