Thursday, April 19, 2012

Selangor Ku : Hina Raja Adalah Perkara 'Remeh Temeh', Kata Khalid Gagap....


"MISI TAWAN KEMBALI NEGERI SELANGOR"

ALANGKAH terkejutnya rakyat Selangor apabila Menteri Besarnya memandang peristiwa yang dibangkitkan sewaktu pertabalan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) sebagai perkara remeh temeh.

Kenyataan yang jelas biadap kepada institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang kepada amalan pentadbiran negara, iaitu sistem raja berpelembagaan.
Mungkin Menteri Besar terlupa, bahawa jawatan yang disandangnya itu adalah dari perkenan institusi Raja-Raja Melayu, dan bukannya sistem maharaja!  Dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, Khalid menikmati status sebagai orang no. 1 untuk mentadbir Selangor, atas perkenan baginda Sultan Selangor.
Jika diimbas kembali kejadian yang menyaksikan beliau memakai kasut di dalam rumah orang Melayu, nyata sifat budi pekerti sebagai orang Melayu telah hilang, apabila perkara asas dalam adab memasuki rumah pun gagal ditaati.  Namun, sebagai umat pemaaf, lagi memaafkan, orang Melayu masih lagi boleh bertolak ansur.
Akan tetapi, kenyataan terbarunya benar-benar mencabar kedaulatan institusi Raja Melayu yang diiktiraf sekian lama, dan lebih mendukacitakan ianya hadir dari rumpun Melayu itu sendiri.
Status keldai tunggangan terhadapnya diterjemahkan dengan hasrat untuk berjumpa Tuanku bagi menjelaskan apa yang berlaku.  Ia boleh diumpamakan seperti mengadili kes mahkamah tanpa tertuduh, maka itu satu penghinaan kepada hakim itu sendiri.  Khalid seharusnya mengarahkan mereka-mereka yang tertuduh itu hadir bagi memberi sebarang penjelasan, dan seterusnya memohon maaf.
Jawatan yang disandangnya digunakan untuk melindungi pelaku-pelaku biadap, seterusnya menghalalkan dakwaan Dr. Rahman Kadir. Khalid sebenarnya tidak layak untuk berjumpa Tuanku, kerana adab asas memasuki rumah Melayu pun dia gagal mentaatinya! Inikan pula untuk berjumpa Tuanku, yang penuh protokol.
Tipikal pembangkang yang sekali lagi, selepas berkali-kali, menuduh UMNO sebagai dalang mempolitikkan perkara berkenaan.  Apakah Khalid terlalu bodoh untuk membezakan antara politik dan daulat institusi Raja-Raja Melayu?  Menghormati Raja adalah kewajiban seluruh rakyat, kecuali sesetengah golongan yang anti-Raja, satu sikap yang diterjemahkan melalui insiden ini.
Apa yang berlaku itu sebenarnya membuktikan sesuatu perkara yang mungkin tidak ramai sedar.  Melalui kenyataan itu, Khalid sebenarnya memperlekehkan jawatan yang disandangnya.  Majlis angkat sumpah jawatannya mungkin dianggap sebagai “for the sake of procedure only”, tanpa menyelami maksud dan amanat sesungguhnya terpikul beban yang besar di bahunya.
Maka, tidak hairanlah rakyat Selangor dihidangkan dengan kualiti pentadbiran berstatus pariah, yang menyaksikan infrastruktur negeri persis negeri yang mengalami kemunduran, dengan cara mentadbir jual-dan-untung pada setiap aset negeri.
Tahniah kepada DAP kerana berjaya membentuk pemimpin Melayu beracuankan fahaman mereka.
p/s : IBM KATA, "setuju dengan pandangan SDDC. Memang standard pentadbiran Pakatan Rakyat di bawah Khalid gagap standard/status PARIAH. Langsung tak berkualiti dan tunduk kepada kehendak DAPig."
SUMBER BERITA : SELANGOR DAILY.COM ~ TERIMA KASIH
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...