Tuesday, April 10, 2012

Malaysia Akan Muflis Jika Pembangkang Memerintah!!


TAK lama. Bagi tempuh 2 tahun je. Negara akan MUFLIS dalam tempoh itu jika pakatan pembangkang memerintah dan menunaikan tiga perkara yang dijanjikan dalam siri kempen politik mereka sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, tiga janji tersebut iaitu menghapuskan kutipan tol, gaji minimum RM4,000 sebulan dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut beliau, sekiranya pembangkang memerintah negara ini, mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan kesemua janji tersebut.

''Ketiga-tiga janji itu tidak realistik kerana untuk menghapuskan kutipan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN, RM43 bilion dan gaji minimum, hampir RM60 bilion setahun," katanya.

Hanya orang bodoh dan cetek pemikiran saja yang akan percaya dan menerima cadangan pembangkang. Mahu ke kita lihat negara kita yang pesat membangun, tiba-tiba dalam sekelip mata (2tahun), negara kita jatuh muflis.??. Itulah kerja Pembangkang sekiranya mereka memerintah nanti. fikir-fikirkah wahai rakyat jelata ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...