DALAM beberapa siri perhimpunan haram yang dilakukan pembangkang perhimpunan Sabtu lepas adalah yang terburuk selepas 1999.
Pembangkang tiada pilihan lain melainkan merusuh selepas mereka tahu mereka akan kalah teruk dalam p/raya akan datang. Impian mereka adalah menggulingkan kerajaan sepertimana yang terjadi di Mesir.
Putik-putik atau bunga-bunga keganasan melampau akan berlaku boleh dilihat sejak Jumaat malam Sabtu.
Mereka mula berhimpun dalam melaung-laungkan reformasi dan Dataran Tahrir di sekitar Dataran Merdeka. Kemudian diikuti dengan kehadiran Timbalan Presiden Pas (Mat Sabu) yang lagaknya bagaikan seorang samseng apabila berdiri diatas kereta di tengah-tengah jalan raya di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman ke Jalan Tun Perak sambil berucap berapi-api dengan penuh provokasi.
Selain itu sebelum ke lokasi tersebut Mat sabu bersama Ketua PKR Rembau berceramah di Taman Melewar. Dalam ceramah tersebut juga tanda-tanda keganasan akan wujud pada esoknya telah kelihatan. Ini kerana Mat Sabu dan Badrul bercakap pasal darah. Boleh ditonton di sini
Dari awal pagi mereka mula melakukan provokasi terhadap polis di beberapa lokasi perhimpunan namun tidak berjaya kerana polis tidak melayan. Lama kelamaan mereka makin naik toncang dan merempuh Dataran Merdeka. Akhirnya polis terpaksa bertindak. Tindakan awal polis hanya melepaskan gas pemedih mata yang sangat minima supaya mereka bersurai. Mereka terus bergedil dan nak berentap dengan polis pula.
Yang berada di barisan depan yang berentap dengan polis adalah mereka-mereka yang dipercayai telah ditugaskan oleh pembangkang untuk menguasai Dataran Merdeka. Kemudian akan diikuti oleh pendemo-pendemo lain dan mereka telah merancang untuk kekal di Dataran Merdeka sehingga 1 Mei 2012. Mereka mahu tunjuk kepada dunia luar bahawa apa yang terjadi di Mesir terjadi di Malaysia dan seterusnya memberi tekanan kepada kerajaan.
Banyak video-video di internet yang memaparkan bagaimana Anwar dan Azmin menggunakan isyarat tangan agar peserta demo merempuh halangan ke Dataran Merdeka. Kemudian mereka menuduh agen-agen provokasi polis yang memulakan rempuhan tersebut. Itulah perangai pembohongan mereka yang tak sudah-sudah.
Jika mereka berniat baik dan tidak ada hajat yang terselindung, mereka akan terima tawaran kerajaan untuk adakan bantahan di stadium dan disediakan kawalan keselamatan secukupnya oleh polis. Oleh kerana niat jahat hendak menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya mereka tetap memilih jalan raya sebagai lokasi perhimpunan.
Mereka boleh merancang apa sahaja , namun perancangan Allah tiada siapa yang boleh menafikan. Allah masih sayangkan rakyat dan negara Malaysia. Segala rancangan jahat mereka untuk jadikan Kuala Lumpur seperti Kaherah tidak mendapat sambutan dan berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa semuanya dengan kuasa Allah.
ALLAH memang sentiasa bersama BN dan IBM rasa rakyat Malaysia sudah dapat menilai siapa mereka-mereka semua. Dan, rakyat sudah jelak dengan perangai mereka-mereka dan mengharapkan supaya kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan yang tegas kepada ketua penganjur dan ketua pembangkang yang jadi dalangnya sehingga tercetus keganasan di Bersih 3.0. Jangan dibenarkan Bersih 4.0 mengambil tempat, kerana mengikut firasat orang cina, angka 4 tidak elok dan akan mendatangkan mala petaka. Itu kata dan kepercayaan depa orang-orang cina. Persetankan itu semua.
Yang penting, ianya tidak akan berulang lagi. Negara kita ada undang-undang, gunakan dan pastikan anjing-anjing kuning tu lagi tidak boleh bermaharajalela dan membuat sesuka hati mereka. Fikir-fikirkanlah demi untuk agama, bangsa, negara dan demi masa depan anak-cucu kita. ~ IBM
TERIMA KASIH SELANGOR DAILY.COM
DAN....TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA