Friday, April 6, 2012

Tiada Tempat 'HARAKAH' Di Putrajaya, Habis Kena Koyak...Hahaha..!!!

MESEJ yang jelas dari rakyat bahawa mereka menolak parti Pas. Oleh itu semalam, lebih seratus penduduk Presint 8 berkumpul di Medan Selera Presint 8, berkumpul dan dengan satu tujuan. Mereka ingin menyampaikan mesej kepada para pemimpin Pas, di Putrajaya bukannya tempat untuk Pas bertapak dan berkembang. Dengan itu, mereka sepakat mengoyakkan akhbar Harakah yang diletakkan dirumah atau peti surat di kawasan Apartment penjawat awam semalam.

Marah betul diorang ni ye, sehingga habis dikoyak akhbar 'HARAKAH'.

IBM difahamkan, salah seorang wakil penduduk Presint 8, berkata tindakan itu dibuat sebagai tanda memprotes penyebaran akhbar yang juga lidah rasmi PAS, di kawasan itu sejak dua minggu lalu. "Ia diletakkan pada waktu malam dan kami percaya ia dilakukan orang dari luar Putrajaya yang diupah pihak tertentu.

Kata mereka, tidak memerlukan akhbar tersebut karana banyak berita yang tak betul dilaporkan didalamnya dan mengelirukan rakyat. Mereka percaya akhbar itu diedarkan di perumahan penjawat awam unutk mempengaruhi penjawat awam. Ini menjuruskan kepada kempen PRU yang akan datang dan ingin meraih undi dari penjawat awam. Tapi, mengikut kata wakil penduduk di situ, mereka tidak percaya dengan apa yang ditulis dan dilaporkan didalam akhbar Harakah. Semuanya bohong dan fitnah belaka, kata mereka lagi.

Bukan setakat dikoyak je, dipijak-pijak pulak. Penyokong Pas mesti naik angin bila tengok gambar ni.

Mengikut kata penduduk di Presint 8 lagi, bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk di Putrajaya dan tidak perlu mana-mana parti politik lain melebarkan pengaruh mereka di sini, apatah lagi parti Pas yang mana ianya bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu, malah mereka adalah papet kepada parti DAPig yang mempunya agenda tersendiri dan ingin memhapuskan hak-hak asasi orang melayu, dan mereka tahu Pas sudah lari dari landasan perjuangan mereka sebenar demi politik 'songsang' mereka. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...