Sunday, April 1, 2012

Saurez Idam Trofi Kedua..


SEMBANG-SEMBANG BOLA....

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez menegaskan, pasukan itu mampu menamatkan saingan musim ini dengan memenangi dua trofi. Saurez menyuarakan keyakinan itu menjelang kunjungan ke Newcastle United bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris di St. James Malam ini (8:30 mlm) waktu tempatan. Ketika ini, peluang skuad bimbingan Kenny Dalgish itu untuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara musim depan dilihat semakin sukar.


Sekiranya tewas kepada Newcastle malam ini, skuad The Reds bakal ketinggalan 11 mata di belakang pasukan tuan rumah yang kini memduduki tangga keenam liga. Meskipun Dalglish kecewa dengan pencapaian pasuukan itu, beliau tetap meletakkan sasaran untuk memenangi gelaran Piala FA selepas merangkul trofi Piala Liga, Februari lalu. Impian untuk memperolehi trofi berganda pada musim ini akan menjadi kenyataan sekiranya mereka berjaya menewaskan musuh setempat, Everton pada aksi separuh akhir Piala FA bulan depan.
Suarez berkata, menjuarai Piasla FA sudah cukup unutk mengubati kekecewaan yang terpaksa dialami pasukan itu selepas sasaran utama dalam liga tempatan tersasar. "Kami berazam untuk memenangi trofi dan layak ke Liga Juara-Juara. Liverpool berjaya mencapai matlamat pertama tetapi kami gagal ke pentas Eropah musim depan, " kata Suarez. Pada masa yag sama, penyerang Uruguay itu turut memberi amaran Kepada Newcastle.
Suarez berkata, Liverpool telah bersedia untuk mencatat kejayaan kedua seperti mana yang dilakukan di Anfield ketika menang 3-1 pada 30 Disember lalu. "Kami bertekad untuk mencatat kemenangan di Newcastle, malam ini, "kata Suarez.
p/s : IBM Kata, "Liverpool boleh...The Reds akan menang malam ini. You'll Never Walk Alone tonight."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...