Tuesday, April 24, 2012

Dato' AC Mizal Tubuh Barisan 'Artis' Nasional

PERKHABARAN DARI DUNIA ARTIS TEMPATAN....



NAMPAKNYA penglibatan dan kecenderungan para artis tempatan terhadap politik, amatlah membanggakan. Dan rata-rata mereka menyokong kerajaan dan Barisan Nasional (BN). Ini bukan cerita dongeng, ianya realiti. Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012, artis terkenal yang juga merangkap Duta Pelancongan Perak 2012, Dato’ AC Mizal telah terpanggil untuk menubuhkan persatuan, Barisan Artis Nasional bagi menyemarakkan lagi agenda pelancongan negeri Perak.
Istimewanya, Barisan Artis Nasional yang dinaungi oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Perak, YB Dato’ Hamidah Osman ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abdul Kadir di Hotel Kinta Waterfront, Ipoh, Jumaat lalu.
Jesteru itu, beliau menyambut baik penubuhan persatuan ini dan DS Dr Zambry ingin mengucapkan terima kasih kerana walaupun mereka bergelar artis, tapi dari segi komitmen mereka kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional, sokongan mereka tetap teguh, ujar YAB Dato Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abdul Kadir dalam ucapannya di majlis pelancaran Barisan Artis Nasional, Jumaat lalu.
IBM pun turut terharu di atas sokongan para artis tanah air kepada kerajaan BN, dan berharap tertubuhnya Persatuan Barisan Artis Nasional dapat membantu dan menyakini rakyat jelata supaya terus menyokong kerajaan yang ada sekarang. Dan..diharap juga agar ramai lagi artis tempatan yang akan menyertai persatuan ini. Sekalung tahniah IBM ucapkan kepada Dato' AC Mizal yang sememangnya dari dulu lagi penyokong kuat kerajaan BN.
Selamat Berjuang Kepada Dato' AC Mizal dan ahli-ahli Persatuan Artis Nasional, demi bangsa, agama, tanah air dan dunia artis amnya. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...