Saturday, April 21, 2012

'MAHASEWEL Dingatkan. Haram Tak Bayar Balik PTPTN!!..


SELAGI ianya dinamakan hutang, tetap hutang. Hutang mesti dibayar. Kalau tak bayar balik, hukumnya haram. Begitulah mengikut hukum agama, dituntut di akhirat nanti. Maka, hutang PTPTN dari para Mahasiswa @ Mahasewel yang sedang hangat di perbahaskan dan dijadikan modal politik oleh pihak pembangkang adalah haram jika tidak dibayar. Itulah yang dikatakan oleh seorang tokoh ulama, Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman.

Mengikut kata beliau, dalam Islam, orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, Bank atau mana-mana Institusi adalah wajib membayarnya balik. Dengar tu wahai Mahasewel sekelian. Mana ada FREE semua didalam dunia sekarang ni. Mengikut kata Mufti Pahang itu, adalah haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik pinjaman tersebut.

Dan, apatah lagi setelah pinjaman itu diluluskan dan ianya tetera didalam kandungan 'kontrak Perjanjian Pinjaman' yang telah ditandatangi dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, kepada para Mahasewel yang sedang berdemo di Dataran Merdeka tu, elok benarlah berambus dari situ, kerana ianya merugikan kamu semua. Kerajaan tidak akan berganjak dan tidak akan menghapuskan tabung pinjaman PTPTN semata-mata mengikut telunjuk segelintir dari kamu yang telah di butakan mata, hati kamu semua oleh pembangkang yang mempunyai agenda 'politik kotor' mereka.

Insaf dan sedarlah wahai korang semua. Jalan yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini, duduk semeja, berjumpa dengan pengurusan PTPTN, berbincang dengan cara yang berhemah, insyallah, masalah ini akan selesai. Berapa lama korang berdemo di Dataran Merdeka, selagi itu jalan penyelesian tidak akan tercapai dan ianya akan berlalu begitu sahaja. Yang rugi siapa?....korang juga. Pembangkang akan menjauhkan diri sekiranya 'jarum' yang mereka masukkan kedalam sanubari korang tidak menampakkan hasil.

Memang itulah kerja pembangkang. Mereka akan berundur dan segala janji-janji yang ditaburkan akan lenyap sekelip mata. Mereka dah biasa buat kerja ini. Demi masa depan diri korang , bangsa agama dan negara, hentikan lah kerja bodoh dan sia-sia itu. Sedar dan bangkitlah. Bantulah kerajaan dan insyallah, kerajaan akan balas segala kebaikan yang korang buat. WA. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...