Friday, April 27, 2012

Nizar Bohong..Memang Pembohong!!

DAKWA PM MINTA TENTERA BUAT SESUATU JIKA BN KALAH PRU-13

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). “Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu. Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan. “Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini semalam. Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.


Sementara itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi semalam mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan Pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin. "Itu perkhabaran yang kita terima. Wallahualam, kita pun tidak tahu...jadi saya minta pihak berkaitan melakukan siasatan terhadap khabar ini. Sama ada mereka (Perdana Menteri dan Panglima dalam ATM) nak nafikan atau terima (khabar)..itu terserah," katanya. Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan minta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti. Ceramah Mohammad Nizar yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, engggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.

Zulkifeli juga berkata, seluruh warga ATM amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM. "Kenyatan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menumbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara. Kebelakangan ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab dan kepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan dan berkepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan terhadap ATM dan kerajasama dalam usaha melindungi kepentingan politik mereka," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung Perlembangaan dan Bersikap profesional.

p/s : IBM Kata, "Wajib ditangkap je si jahanam Nizar ni. Pembawa fitnah. Tak berubah-ubah perangainya. Memang bapak syaitan betui dia ni. Apapun IBM cadangkan ATM atau PM buat sesuatu agar perkara seumpama ini tidak berulang. Memang memalukan dan mencemarkan nama negara, PM dan ATM. Jangan beri muka pada si bodoh Haprak dari Pas ni."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...