Thursday, April 26, 2012

PR Dakwa Pengerusi SPR Dan Timbalanya Ahli UMNO. Pulak Dah!!!...



PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.
Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

 
Sehubung itu, kata Saifuddin, beliau menpunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno-parti teras Barisan Nasional (BN). "Saya tahu Aziz ahli Umno cawangan mana, nombor ahli Umnonya. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya."


 
Inikah yang membuat pembangkang kata kedua-kedua orang kuat SKR ni ahli UMNO?...ini gambar superimpose, banggang pembangkang ni.

"Mereka patut lepaskan (keahlian dalam UMNO), jangan ada sekelumit perjudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik," katanya. "Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana  Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (UMNO)," kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harain di pejabatnya, semalam.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno," katanya lagi. Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan ahmad seharusnya telah meletkan jawatan dalam parti sebaik dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu. 

"Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara...dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat," katanya. Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati penderian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, apabila dilantik ke jawatan itu.

Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewejarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat. "Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut," katanya. Pandikar di lantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu. Manakala Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

p/s : IBM Kata, "Memang pembangkang ni pakar mengorek rahsia dan dedahkan pada orang ramai. Kena pula masa dan tempat nya pulak tu. Disaat nak menjelang PRU. Itulah senjata mereka. Tapi, IBM rasa, kedua-dua orang kuat SPR ini boleh menepis dakwaan dari pembangkang tu. Mereka bukannya tahu apa-apa peraturan atau perlembangaan dalam Umno...biarkan mereka buat tuduhan. Jangan takut, jawap, jangan tak jawab. Pastikan jiwa pegawai-pegawai orang SPR ni telus dan betul, bukan macam pembangkang, hati busuk dan dengki, menuduh tanpa bukti."

SUMBER : SH# ~ TERIMA KASIH

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...