Sunday, April 1, 2012

Pok Nik Kaki Kelentung, Sama Dengan Nuar : 'Undi PAS Masuk Syurga janji Kosong'


ITU semua janji kosong, janji orang gila, janji orang munafik. Begitulah Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu. "Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, kenyataan berikut dari PAS yang kononnya menyokong dan mengundi PAS akan masuk syurga hanyalah satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan  undi. Jamil Khir berkata bagi menjawab kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz ulama tersohor PAS baru-baru ini bahawa PAS tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya. 

Bagi IBM, itu memanglah satu kenyatan yang amat-amat bodoh, tidak boleh diterima akal dan apabila, Nik Aziz membuat kenyataan dan cuba 'memperlekeh' pemimpin Barisana Nasional (BN) supaya mempelajari agama terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, IBM nak tanya Nik Aziz, sudah dalam benarkah ilmu agama yang beliau pelajari dan sudah confirm ke dia masuk syurga?...kalau dah tua, nyanyuk tu buat le cara tua dan cerminkan diri tu dulu.

Apa yang dikatakan oleh Datuk Abd Rahman, ahli Parlimen Kota Belud semalam tu, ada faktanya. Memang PAS telah melakukan 'rasuah politik' yang paling tinggi dengan menjanjikan 'syurga' kepada pengundi. Memang janji itu adalah janji kosong pada rakyat yang PAS tidak boleh tunaikan. Oleh itu sekali lagi IBM nak ingatkan Nik Aziz, jangan cakap sebarangan, dan bukan memberi amaran kepada orang lain seupaya jangan cakap sebarangan.

IBM difahamkan, seramai 20 penyokong PAS menyerahkan borang untuk m,enyertai UMNO. Sumber yang IBM dapat, mereka diketuai MD Sofi Abd Latif telah menyerahkan borang kepada Datuk Jamil Khir yang juga selaku Ketua Penerangan UMNO Kedah. Semoga ramai lagi yang akan mengikut langkah rakan-rakan mereka kerana PAS bukanlah Parti yang benar-benar memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan PAS juga kini telah lari dari perjuangan asalnya. Mari kita Takbir. Takbir!!!!!. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...