Sunday, April 22, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 (Gambar Hiasan) Getah Asli

22 APRIL

ANDA SEORANG PEMINAT SEJARAH?..JOM BACA KERANA :

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJUNG  KETERBILANGAN

AKTA TABUNG PERUSAHAAN GETAH DILULUSKAN


Pada hari ini 22.4.1962 Akta Tabung Perusahaan Getah telah diluluskan dan ianya telah dibentangkan oleh Menteri Muda Perdagangan dan Perusahaan, Encik Cheah Thean Swee.
Di antara tujuan utama Akta Tabung Perusahaan Getah ialah:-
  1. Untuk menyusun semula Institut Penyelidikan Getah sejajar dengan penyusunan semula pentadiran penyelidikan getah asli.  Antara lain penyusunan semula itu termasuklah penubuhan satu lembaga baru untuk institut itu dengan menempatkan bilangan yang seimbang wakil dari pihak Kerajaan dan pihak perusahaan, pemindahan kuasa meluluskan belanjawan Institut berkenaan kepada Lembaga Tabung Getah Malaya (Malayan Rubber Fund Board).                        
  2. Dalam menangani masalah perjawatan, Akta itu juga menetapkan jawatan tetap di Institut Penyelidikan Getah akan hanya dikhaskan untuk warganegara Persekutuan Tanah Melayu.  Manakala pegawai-pegawai expatriate akan hanya diambil secara kontrak dalam jangka masa pendek, apabila didapati tidak ada pegawai tempatan yang berkelayakan.  Kontrak jangka masa panjang untuk pegawai expatriate hanya boleh dibuat dalam kes tertentu yang mungkin menjejaskan kecekapan institut.
Sesungguhnya dengan terlaksananya Akta Tabung Perusahaan Getah di negara ini diharap segala kerumitan berhubungan dengan masalah pentadbiran penyelidikan getah asli akan dapat ditangani dan diatasi dengan cara yang lebih berkesan dan cemerlang.
SUMBER BERITA : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...