Saturday, April 28, 2012

TERKINI : 80 Ribu Penyokong Bersih Banjiri KL....



[TERKINI 2.20 PETANG] KUALA LUMPUR - Kehadiran peserta dan penyokong Bersih 3.0 pada masa sekarang, sekitar jam 2 petang, dipercayai telah meningkat ke paras 80,000 orang.
Pihak penganjur sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mulai  jam 2 petang hingga 4 petang.
Setakat 1.30 tengah hari tadi, jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka terus meningkat -  peningkatan, secara berperingkat-peringkat  sejak awal pagi tadi - menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang.
Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 50,000 orang berkumpul di beberapa lokasi - peningkatan daripada 30,000 ketika sekitatr 12 tengah hari tadi.
Berdasarkan perkembangan jam 1.45 tengah hari, peserta-peserta mula bergerak ke arah Dataran Merdeka, malah sebahagian lagi duduk di atas jalan raya sementara pihak berkuasa memberi kebenaran untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.
Penyokong Bersih mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza - dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dengan kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning.
Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka.
Ekoran peningkatan penyokong Bersih sejak dua jam lalu, polis mula menempatkan pasukan LFU di kawasan Dataran Merdeka untuk menyuraikan mereka yang berkumpul.
Mengikut maklumat sebelum ini, Bersih 3.0 membuat perancangan untuk berhimpun di Dataran Merdeka sekitar 2 petang, tetapi permintaan mereka tidak dibenarkan. Seorang anggota Unit Amal Pas, dari Pahang juga dilaporkan ditahan.
Terdahulu, setakat jam 10.15 pagi tadi, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja laut dianggarkan telah mencecah 8,000 orang. Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada dikawasan tersebut.
Maklumat yang diperolehi oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yang berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang.
p/s : IBM KATA, "Cukup ke dengan kehadiran 50 ribu dan diberitakan meningkat kepada 80 ribu orang?..berpuas hati ke pihak penganjur dengan kehadiran tersebut?..kalau tak puas hati lagi, sila gerakkan Bersih 4.0 pula. Angka (4) yang orang cina paling benci,"
TERIMA KASIH #SH
DAN...TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. anwar sholat? adakah ini betul.pls check your information.

    ReplyDelete
  2. Salam bro Ishak,ibrahim,

    Itu sumber yg saya dpt. Tapi...kalau dia solat pun, tuhan tak akan terimanya. Penderhaka dan pengkhianat agama , bangsa dan di negara. Akan di laknat oleh allah s.w.t mereka2 yg berdemo. Kesimpulannya...apa yg mereka Bersihkan????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...