SEMALAM, satu pendedahan berkenaan skandal sulit antara seorang pelakon wanita dengan VIP berstatus menteri telah dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen. Menurut laporan portal Malaysiakini, skandal tersebut membabitkan transaksi wang berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan perkenalan mereka dan hubungan sulit itu sudah berlanjutan sejak 3 tahun lalu.
Berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh seorang individu (tak payah sebut nama), tahun pada 13 Mac lalu di Balai Polis Ampang, si pengadu turut mendedahkan jumlah wang yang telah diterima oleh pelakon wanita itu, RM58,000 (Oktober), RM112,000 (November), RM330,000 (Disember) dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Laporan tersebut turut menyatakan bahawa pertemuan VIP itu dengan pelakon wanita tersebut berlangsung secara sulit pada setiap minggu di hotel sekitar Kuala Lumpur. Dakwa individu ni lagi, “Pada setiap pertemuan, VIP itu akan memberikan wang berjumlah RM100,000 hingga RM200,000 kepada beliau dan pelakon wanita itu untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pelakon itu.”
Persolannya sekarang, untuk apa wang itu diberi pada pelakon wanita tersebut, untuk tujuan apa?..dan betulkan apa yang dilaporkan oleh portal MalaysiaKini dan didalangi oleh ketua Wanita PKR Selangor, Zuraida @ Mak Lampir, kerana kita semua tahu Mak lampir dan portal MalaysiaKini adalah portal penfitnah no 1 negara. Mereka ni sehati sejiwa, macam dajal, tak habis-habis nak cari silap orang. IBM memang, memang muskil akan perkara ini. IBM harap isu ini tidak habis setakat ini sahaja. Kepada Menteri yang terlibat, kalau betul lah.. harap dapat muncul dan nafikan.
Begitu juga dengan pelakon wanita tersebut. Cepat-cepat perbetulkan keadaan dan ambil tindakan yang sewajarnya terhadap portal Malaysiakini, portal pro-pembangkang yang sentiasa menipu dan mengelirukan rakyat demi memperjuangkan politik pembangkang yang sentiasa mencari masalah dengan kerajaan yang sedia ada. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA