Wednesday, April 4, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


04 APRIL

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PELANCARAN KEMPEN BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA.
PADA hari ini dalam tahun 1985, 'Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia' telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur. Kempen ini bertujuan untuk menggalakan semua sektor dan seluruh rakyat Malaysia supaya membeli barangan buatan tempatan. Perdana Menteri, dalam ucapannya yang telah disampaikan oleh Y.B. Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan harapan agar kempen ini akan berjaya menimbulkan kesedaran kepada semua pihak bahawa penggunaan barangan tempatan yang lebih bukan sahaja akan mengurangkan import, tetapi juga mengurangkan aliran tukaran asing, serta memperkukuhkan kedudukan imbangan bayaran negara. Pelbagai program telah diatur bagi melaksanakan kempen ini dan kemuncaknya telah diadakan Minggu dan Pameran Belilah Barangan buatan Malaysia serta penyampian anugerah kepada penguasaha yang berjaya mengeluarkan barangan bermutu di sektor masing masing. Sesungguhnya, kerajaan melalui agensi-agensi seperti Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Penerangan, Kementerin Pendidikan termasuklah majlis-majlis Kerajaan Tempatan telah menjadi penggerak utama kepada Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang telah diadakan ini.

SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. SAYA SUDAH FOLLOW BLOG ANDA, SILA FOLLOW BLOG SAYAE YE....THANKZ

    ReplyDelete
  2. Salam lantakpila,

    Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya dan follow blog saya. Blog anda telah pun saya pautkan disini dan saya dah follow blog anda. SELAMAT BERJUANG. ~ IBM

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...